Precious Emuejeraye
Precious Emuejeraye (lahir 21 Mac 1983 di Nigeria) merupakan pemain bola sepak Naturalisasi Singapura yang bermain sebagai pertahanan.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Precious Emuejeraye | ||
Tarikh lahir | 21 Mac 1983 | ||
Tempat lahir | Nigeria | ||
Ketinggian | 1.88 m (6 ka 2 in) | ||
Posisi permainan | Pertahanan | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2002–2003 | Jurong | 64 | (1) |
2003–2006 | Young Lions | 50 | (1) |
2006–2008 | Gombak United | 73 | (4) |
2009 | Woodlands Wellington | 29 | (3) |
2009–2010 | Sriwijaya | 28 | (0) |
2010–2012 | Persija Jakarta | 52 | (1) |
2012–2013 | Persiba Balikpapan | 10 | (0) |
2013–2014 | Persidafon Dafonsoro | 0 | (0) |
2014 | Home United | 18 | (0) |
2015 | Putrajaya SPA F.C. | 1 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2006– | Singapura | 61 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 9 Mac 2013 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 2 Ogos 2010 |
Karier kelab
suntingEmuejeraye memulakan karier profesionalnya dengan menyertai kelab Singapura, Jurong FC pada tahun 2002. Dia kemudiannya ditandatangani oleh pasukan Young Lions.
Pada tahun 2006, dia menyertai Gombak United selepas 3 tahun beraksi bersama Young Lions sebelum jurulatih Woodlands Wellington FC, Nenad Bacina menandatanganinya pada musim 2009.
Pada bulan Oktober 2009, dia menyertai kelab Liga Super Indonesia, Sriwijaya. Dia memenangi Piala Indonesia pada tahun 2010 bersama Sriwijaya.
Pada bulan November 2012, dia menyertai sebuah lagi kelab Liga Super Indonesia, Persiba Balikpapan.
Emuejeraye menyertai kelab Singapura, Home United pada tahun 2014. Dia dilepaskan pada akhir musim.[1]
Karier antarabangsa
suntingPada bulan Disember 2005, dia diberi kerakyatan Singapura dan membuat penampilan antarabangsa sulungnya ketika menentang Denmark pada 26 Januari 2006. Dia menjadi pemain ketiga Nigeria untuk bermain bersama pasukan kebangsaan selepas Itimi Dickson dan Agu Casmir.
Kejayaan
suntingKelab
sunting- Sriwijaya
- Piala Indonesia: 2010
Antarabangsa
sunting- Singapura
Rujukan
sunting- ^ Osman, Shamir (13 December 2014). "S League: S Korean coach parts ways with Home United". The New Paper. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-07. Dicapai pada 20 December 2014.
Pautan luar
sunting- Profil pemain – doha-2006.com
- (Inggeris) Profil Precious Emuejeraye di National-Football-Teams.com