Raja Sulaiman (Mangkat di Ligor)

Raja Muda Hajji Sulaiman Yharifuddin al-Mudzaffar Shah Ibni Sultan Abdullah Muhammad Shah I ialah putera ke 2 kepada Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah I (Marhum Durian Sebatang) dan Raja Sharifah Ngah Aminah binti Raja Alang Rawin.

Raja Sulaiman
Raja Muda Besar Perak
Fail:-
-
Raja Muda Perak ke
Pemerintahan1876 - January 1882
Kemahkotaan-
Didahului oleh-
Diikuti oleh-
Pemangku raja-
KeputeraanRaja Sulaiman I bin Raja Abdullah I
1869
Kuala Kangsar, Perak, Malaya
Kemangkatan1980
Raja Ligor
Pemakaman-
Ligor, Malaya
Pasangan1
Isteri
Anakanda
  • Raja Haji Daeng,
  • Raja Habibah,
  • Raja Haji Abdul Rahman III,
  • Tengku Long Putih,
  • Tengku Esau (Esah)
  • Tengku Ngah,
  • Tengku Jahara (Ku Jah),
  • Tengku Chik.
Nama penuh
Raja Sulaiman ibni Sultan Abdullah Muhammad Shah II
Nama diraja
Raja Muda Sulaiman Yharifuddin al-Mudzaffar Shah ibni Sultan Abdullah Muhammad Shah I
Nama selepas mangkat
Marhum di Lingghor
KerabatPerak
KerabatLigor
Wangsa-
AyahandaSultan Abdullah Muhammad Shah I Ibni Raja Bendahara Abdul Rahman Shah I
Bonda-
AgamaIslam Sunni
Pekerjaan-
TandatanganTandatangan Raja Sulaiman

pada 1860, Negeri Lingor dinamakan Negeri Nakhon Si Thammarat.

Di Ligor, beliau juga dikenali dengan nama Tengku Sulaiman atau Ku Man.

Beliau juga merupakan adinda kepada Paduka Seri Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah I serta kekanda kepada Raja Pandak Abdul Rahman II dan Raja Budak Rasul (puteri).

Raja Sulaiman pernah menjadi Raja Muda Perak dalam usia sembilan tahun, semasa zaman pemerintahan ayahandanya, Sultan Abdullah Muhammad Shah I, sultan Perak 22, Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah (Sultan 24), Sultan Ismail Muabidin Riayat Shah, anak kepada Raja Budak Rasul (Sultan 25), Sultan Abdullah Muhammad Shah II Marhum Habibullah (Sultan 26) dan zaman kerajaan kekanda beliau, Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah (Sultan27).

Beliau mangkat di Ligor pada 1980 dan meninggalkan beberapa orang anak hasil perkahwinan beliau bersama Tengku Putih Aishah binti Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah III (Sultan Kedah 22).

Antaranya ialah Raja Haji Daeng, Raja Habibah, Raja Haji Abdul Rahman III, Tengku Long Putih, Tengku Esau (Esah) Tengku Ngah, Tengku Jahara (Ku Jah), dan Tengku Chik.

Di Ligor Tunku Putih Aishah lebih dikenali dengan nama Tengku Long Aishah dan beliau ialah adinda kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah II, Sultan Kedah.

peristiwa

sunting

Pada tahun 1881, Raja Sulaiman sebagai Raja Muda Perak, telah dititah oleh kekanda beliau Sultan Yusuf Sharifuddin untuk mewakili Baginda menghadiri hari pertabalan Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II selepas kemangkatan Sultan Kedah Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah III.

Di hari pertabalan tersebut, Raja Sulaiman, isteri beliau Tengku Putih Aishah, anak Raja-raja Kedah, serta Sultan Zainal Rashid telah ditangkap beramai-ramai oleh tentera Siam, yang telah bertapak di Kedah selama lebih enam bulan.

Tengku Luang (Long Jahtera) Jahara (kekanda Tengku Putih Aisiah) dengan suaminya Raja Daud, putera raja Selangor sempat melarikan diri ke Perak.

Kesemua orang yang disebut di atas telah dibawa ke Ligor. Perjalanan kaki ini mengambil masa lebih kurang enam bulan untuk sampai ke Ligor. Mereka tidak dipenjarakan tetapi telah ditetapkan di tengah kawasan 'Lingor' yang sekarang dinamakan Kampung Melayu di Nakhon Sitammarat. Ketika itu Ligor merupakan kawasan tentera yang terbesar di selatan Siam.

Sultan Zainal Rashid mangkat dan dikebumikan di 'Ligor', kemudian disemadikan di Alor Setar, Kedah, Raja Daud telah dikebumikan di tepi Sungai Perak, di Kampung Menora, Kuala Kangsar Perak.

Tengku Luang Jahara telah berhijrah ke Mekah dan dikebumikan di Mekah.

Rujukan

sunting