Ramadan al-Shallash
Ramadan Pasha al-Shallash (Bahasa Arab/Tulisan Jawi: رمضان باشا الشلاش) (1879–1946) adalah seorang pegawai tentera dalam angkatan Uthmaniyah dan Sharif. Beliau juga adalah salah seorang komander yang terlibat dalam Pemberontakan Syria Besar pada tahun 1925.

Shallash telah dilahirkan di Deir ez-Zor, daripada keluarga syeikh bagi suku Al Bu Suraya. Beliau menjadi kapten di dalam tentera Uthmaniyah, berkhidmat di dalam barisan hadapan Libya dan Balkan, masing-masing pada tahun 1911 dan 1912. Pada 1916, beliau menyertai pergerakan kemerdekaan Arab Syarif Husain. Tiga tahun kemudian, beliau menerajui usaha untuk memastikan Deir ez-Zor dan sekitarannya menjadi sebahagian daripada Syria; untuk itu, beliau dan pejuang Badwinya mengusir British dari bandar tanpa isbat yang jelas daripada anak lelaki Hussein, Emir Faisal. Beliau meneruskan usaha beliau walaupun telah dihalau dari Deir ez-Zor.
Bibliografi
sunting- Khoury, Philip S. (1987). Syria and the French Mandate: The Politics of Arab Nationalism, 1920–1945. Princeton University Press. ISBN 9781400858392.
- Moubayed, Sami (2006). Steel and Silk: Men and Women who Shaped Syria 1900–2000. Seattle: Cune Press. ISBN 1-885942-41-9.
- Neep, Daniel (2012). Occupying Syria Under the French Mandate: Insurgency, Space and State Formation. New York: Cambridge University Press. ISBN 1-107-00006-8.
- Provence, Michael (2005). The Great Syrian Revolt and the Rise of Arab Nationalism (ed. pertama). Austin: University of Texas Press. ISBN 0-292-70635-9.
- Provence, Michael (2011). "Ottoman Modernity, Colonialism, and Insurgency in the Interwar Arab East". International Journal of Middle East Studies. 43: 205–225. doi:10.1017/S0020743811000031.
- Tauber, Eliezer (Ogos 1991). "The Struggle for Dayr al-Zur: The Determination of Borders between Syria and Iraq". International Journal of Middle East Studies. Cambridge University Press. 23 (3): 361–385. doi:10.1017/S0020743800056348.