Sōma, Fukushima
Sōma (相馬市 , Sōma-shi) ialah sebuah bandar tepi pantai di Fukushima, Jepun, yang terletak kira-kira 30 kilometer di selatan Sendai.
Sōma
相馬市 | |
---|---|
Bandar | |
![]() Lokasi Sōma di Fukushima | |
Negara | Jepun |
Kawasan | Tōhoku |
Wilayah | Fukushima |
Keluasan | |
• Jumlah | 197.67 km2 (76.32 batu persegi) |
Penduduk (1 Mei 2011) | |
• Jumlah | 36,891 |
• Kepadatan | 190/km2 (480/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+9 (Waktu Piawai Jepun) |
- Pokok | Pinus thunbergii |
- Bunga | Musim bunga: Sakura Musim panas: Rosa rugosa Musim luruh: Platycodon grandiflorus Musim sejuk: Sazanka |
- Burung | Uguisu |
Nombor telefon | 0244-37-2117 |
Alamat | 13 Nakamura aza Ōtesaki, Sōma-shi, Fukushima-ken 976-8601 |
Laman sesawang | Sōma City |
Bandar ini diasaskan pada 31 Mac 1954.
Pesta Sōma Nomaoi yang diadakan pada setiap 23 hingga 25 Julai telah diperakui sebagai Harta Kebudayaan Rakyat Tak Ketara Penting.
Bencana 2011
suntingKawasan tepi laut Sōma ditenggelami oleh air bah tsunami pemusnah ekoran gempa bumi bermagnitud 9.0 di luar pesisirnya pada 11 Mac 2011.[1] Tsunami ini diukur tidak kurang 9.3 meter[2] dan melanda pedalaman Sōma sejauh 4 km.[3]
Sōma terletak kira-kira 43 kilometer (27 batu) di utara Loji Kuasa Nuklear Fukushima I, iaitu tempat kejadian bencana nuklear ekoran tsunami itu.
Pautan luar
suntingKategori berkenaan Sōma, Fukushima di Wikimedia Commons
- Tapak web rasmi (Jepun)
Rujukan
sunting- ^ Kyodo News, "Survivors in trauma after life-changing nightmare day", Japan Times, 13 Mac 2011, ms. 2.
- ^ http://www.jma.go.jp/en/tsunami/observation_2_04_20110313180559.htmlJMA tsunami observation data.
- ^ NHK, TV News Broadcast, 13 March 2011.