Sekolah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn
Sekolah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn merupakan sebuah Sekolah Rendah Kebangsaan yang terletak di Desa Tun Hussein Onn, Jln. Jelatek, Keramat, Kuala Lumpur, Malaysia. Sekolah ini terletak di dalam kawasan perumahan Angkatan Tentera Malaysia, iaitu Desa Tun Hussein Onn.
Sekolah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn | |
---|---|
Fail:Untitled-2-removebg-preview.png | |
Lokasi | |
Jalan Jelatek, Keramat, 54200, Keramat, Kuala Lumpur![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, sekolah kerajaan |
Moto | Bermuafakat, Berusaha, Cemerlang |
Autoriti pendidikan | Pejabat Pelajaran Daerah Keramat |
Nombor sekolah | 03-4143 6808 / +60 11-5661 4648 |
Kod sekolah | WBA0061 |
Pengerusi PIBG | Dato' Mohd Norul Haffisz bin Nordin |
Guru besar | En. Hasbullah bin Hassan |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn. Khasidah bt Mokhtar |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Mohd Salmi bin Nasruddin |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. Zakariah bin Sakimen |
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang Petang | Puan Maizatul Akmam binti Hashim |
Faks | 03-4149 3613 |
Laman sesawang | https://www.facebook.com/skdthowba0061/ |
Pada 2009, Sekolah ini memiliki hampir 1216 pelajar lelaki dan 1092 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2308 orang. Ia mempunyai seramai 115 orang guru.2009
Pada tahun 2017 pula, bilangan murid telah mencecah seramai 1860 orang dan 123 orang Guru.
Sejarah Awal
suntingPada 1 Disember 1994, Sekolah ini telah memulakan operasinya dengan dengan menumpang bangunan Sekolah Menengah Desa Tun Hussein Onn kerana ketika itu bangunan sekolah ini masih dalam pembinaan dan tidak siap sepenuhnya lagi. Warga SKDTHO pada ketika itu hanya seramai 560 murid dan 17 guru sahaja.
Pada tanggal 24 Mei 1995, Warga perintis ini telah melangkah megah ke bangunan sendiri. Pada awal penubuhan sekolah ini, Guru besarnya diterajui oleh Encik Baharuddin Bin Yahya (1995 hingga 1997), seterusnya diambil alih oleh Encik Md.Zain Bin Hamzah (1997-2010), kemudiannya Encik Rooslan B. Ahmad amw (2010-2017) dan terkini Encik Hasbullah Bin Hassan (2017).
Misi dan Visi
suntingMisi
suntingMelahirkan murid-murid celik 3M,berpengetahuan dan baik sahsiah.
Meningkatkan kecemerlangan kurikulum
Meningkatkan kecemerlangan kokurikulum
Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria,kondusif dan bermaklumat
Visi
suntingGuru Gemilang,Murid Cemerlang,Sekolah Terbilang.
Bangunan dan Kemudahan Sekolah
suntingBangunan sekolah ini terdiri daripada 3 blok bangunan dan 4 tingkat iaitu Blok Seri Anggerik,Seri Bougainvilla dan Seri Cempaka sari. Jumlah kesemua bilik darjah adalah sebanyak 31 buah.
Kemudahan guru pula adalah seperti Bilik Guru, Bilik Mesyuarat,Bilik Seri Visi,Bilik Bahan Bantu Mengajar (BBM),Bilik Pendidikan Seni Visual, (PSV),Bilik Muzik,Bilik Cetak dan stor peralatan teknikal.
Kemudahan guru dan murid untuk sesi pengajaran dan pembelajaran adalah seperti Pusat Sumber Sekolah, Bilik Media,Bilik J-QAF (pada asalnya adalah bilik PAK @ Pendidikan Abad Ke-21),Makmal Komputer,Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup (KH),Bilik Muzik,Bilik Pendidikan Moral,Bilik SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks)dan Stor peralatan Sukan dan Kokurikulum.
Bimbingan dan Kaunseling juga turut disedikan bilik Bimbingan dan Kaunseling, (B@K) dan Bilik Pemulihan Khas Tunas Cemerlang.
Terdapat juga kemudahan lain seperti Dewan Seri Cemerlang,Surau Al-Hidayah,Klinik Kesihatan dan Pergigian,Kantin Sekolah,Kedai Buku Sekolah,Gelanggang Takraw,Badminton,Bola Tampar dan Bola Baling.
Maksud Disebalik Lencana @ Logo Sekolah
suntingLambang Warna
suntingWarna Merah
suntingMelambang kesungguhan setiap warga sekolah untuk meningkatkan prestasi dalam segenap bidang yang diceburi.
Warna Biru
suntingMelambangkan wujudnya perpaduan dikalangan setiap warga sekolah.
Warna Kuning
suntingMelambangkan kemuliaan hati setiap warga sekolah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
Warna Hijau
suntingMelambangkan keindahan prasarana sekolah dan penuntutnya yang terdiri dari anak anggota tentera.
Lambang Objek
suntingBuku
suntingMelambangkan khazanah ilmu yang tidak ternilai didalamnya.
Penyukat
suntingMelambangkan usaha setiap warganya yang berterusan dalam memberi dan menimba ilmu.
Jentera
suntingMelambangkan wujudnya perkembangan teknologi dalam membantu melaksanakan visi dan misi sekolah
Piala dan Sijil
suntingMelambangkan kejayaan yang dikecapi oleh seluruh warga sekolah
Logo @ Lencana Sekolah ini dicipta sendiri hasil dari idea Pn. Wan Noraini Bt Wan Ahmad dan En.Effendy Bin Abd Rahman.
Piagam Pelanggan
suntingMelayani dan memberi kerjasama yang terbaik kepada ibu bapa yang berurusan dengan pihak sekolah.
Mewujudkan budaya sekolah yang mematuhi disiplin,bersopan-santun,hormat-menghormati dan berketrampilan dalam menghadapi cabaran.
Menyediakan kakitangan bertanggungjawab,berdisiplin komited,bermuafakat dan mengamalkan urusan kerja "Berat sama dipikul,Ringan sama dijinjing"
Mewudukan sekolah yang penyayang dan menghidupsuburkan budaya ilmu dengan penumpuan kepada keyakinan bahawa setiap anak didik adalah berhak kepada pendidikan,belas kasihan,berpontensi dan berkebolehan untuk bertanding dengan dirinya sendiri demi mencapai kecermerlangan.
Alamat
sunting- Sekolah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn
- Desa Tun Hussein Onn, Jln. Jelatek,54200, Kuala Lumpur, Malaysia
- Telefon = 0341436808 / +60 11-5661 4648
- Fax = 0341493613