Sekolah Kebangsaan Simpang Rengam

Sekolah Kebangsaan Simpang Rengam atau nama ringkasnya SK Simpang Rengam, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Rengam.

Sekolah Kebangsaan Simpang Rengam
Location
Jalan Rengam
,
86200, Simpang Renggam,
,
Information
School typeSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Established (1945-12-10) 10 Disember 1945 (umur 79)
School number6077556082
School codeJBA2003
Pengerusi PIBGHaji Abdul Rahman bin Duni
HeadmasterNortijah binti Ibrahim
GPK Pentadbiran dan AkademikMohd Hazeeli bin Mohd Sharif
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridAzli bin Mohamad
Penolong Kanan KokurikulumRaemah binti Musa
WebsiteSekolah Kebangsaan Simpang Rengam


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Simpang Rengam memiliki 692 pelajar lelaki dan 636 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1328 orang. Ia mempunyai seramai 77 orang guru.2009

Ia terletak berhampiran dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Renggam.

Sejarah

sunting

Sekolah Kebangsaan Simpang Rengam diilhamkan oleh Tuan Haji Ahmad bin Gusti, dan ditubuhkan pada 10 Disember 1945 oleh Encik Mawel bin Abd. Ghaffor. Semasa itu hanya terdapat sebuah bangunan kayu yang didirikan oleh penduduk kampung secara bergotong-royong. Kedudukan tapak untuk bangunan itu ialah di antara Balai Polis Simpang Rengam dengan Masjid Jamek Simpang Rengam.

Sekolah Kebangsaan Simpang Rengam telah dibuka secara tidak rasmi pada 1 Mac 1946. Apabila pendaftaran dibuka pada hari pertama, hanya terdapat 5 orang murid yang hadir tetapi bertambah menjadi 15 orang selepas itu.

Tahun 1947 sekolah ini telah diluluskan pembukaannya dengan nama Sekolah Rakyat Simpang Rengam. Bilangan pelajar meningkat kepada 67 orang dengan seorang tenaga pengajar yang menerima elaun dari jawatankuasa kampung yang dibentuk. Upacara perasmian ialah pada 7 APRIL 1947 dengan nama Sekolah Melayu Lelaki Simpang Rengam yang kemudiannya digantikan dengan nama Sekolah Kebangsaan Simpang Rengam.

Pada tahun 1963, sebuah bangunan separuh kekal dibina dan ianya mengandungi 6 bilik darjah, stor, pejabat guru besar dan tandas. Pada tahun 1971 sebuah blok bangunan 2 tingkat didirikan yang mengandungi 12 buah bilik darjah. Di bawah projek kilat, sebuah lagi bangunan yang mengandungi 4 buah bilik darjah dibina pada tahun 1983.

Pada tahun 1986 sebuah bangunan dibina mengandungi sebuah bilik perpustakaan, bilik urusetia, bilik tayang dan stor. Selain itu dibina juga 2 gelanggang takraw dan sebuah gelanggang bola jaring. Pada tahun 1971 sebuah bangunan diruntuhkan dan digantikan dengan bangunan 2 tingkat bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah.

Sehingga kini sekolah ini mengandungi 6 blok bangunan yang mengandungi 24 bilik darjah, sebuah pejabat Guru Besar, 3 bilik guru Penolong Kanan, sebuah Pejabat Am, sebuah bilik guru, bilik muzik, bilik tayang, bilik kaunseling, bilik pemulihan, makmal sains, bengkel Kemahiran Hidup, Klinik Gigi yang dibina secara ubahsuai atau naik taraf.

Pihak sekolah juga telah berjaya membina beberapa kemudahan lain dengan bantuan Pejabat Pendidikan Daerah. Persatuan Ibu Bapa dan Guru, masyarakat setempat dan Ahli Parlimen Sungai Benut sejak tahun 1994 hingga kini, seperti Astaka (1995), Gajah Menyusur (1996), surau (1999), stor sukan (2000), kedai Buku (2000), kantin (2001) Makmal Komputer (2002 dan Dewan Serbaguna (dalam perancangan).

Pencapaian

sunting

Alamat

sunting
Sekolah Kebangsaan Simpang Rengam
Jalan Rengam
86200, Simpang Renggam
Johor,   Malaysia
Telefon = 6077556082
Fax = 6077556082

Pautan luar

sunting