Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra, Kulai
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra, Kulai | |
---|---|
![]() Lencana Sekolah | |
Alamat | Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra, Jalan Nuri 9, Bandar Putra, 81000 Kulaijaya, Johor. |
Moto Sekolah | Bijak Pintar |
Nama Singkatan | SMKBP |
Telefon | 07-5999409 |
Faksimili | 07-5990928 |
Laman Sesawang | http://smkbp.edu.my/v1/ |
jea8012@moe.edu.my | |
Kemasukan Pelajar | Dikawal Sepenuhnya Oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kulai dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor |
Jenis Sekolah | Sekolah Kluster Kecemerlangan |
Kod Sekolah | JEA 8012 |
Pengetua | Tn. Mohd Baharun bin Hussin |
PK Pentadbiran | Pn. Anida binti Abdul Aziz |
PK HEM | Pn. Nor Azizah binti Hussin |
PK Kokurikulum | En. Roslee bin Mohamed Junid |
PK Petang | Pn. Fadhilah binti Haron |
Yang Dipertua PIBG | En. Palani A/L Jayaraman |
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra, Kulaijaya telah ditubuhkan pada 1 Januari 2004 yang terletak di alamat PTD, Jalan Nuri 9, Bandar Putra, 81000 Kulaijaya, Johor Darul Takzim. Sekolah ini mendapat namanya sempena nama taman perumahan di kawasan sekolah ini dibina. Bagi memastikan kelengkapan sekolah diuruskan dengan baik, pihak Pejabat Pendidikan Daerah telah melantik En Safari bin Basir sebagai penyelaras. Pertemuan pertama untuk membuka sekolah ini telah diadakan pada 5 November 2003 tanpa pengetua. Kerja-kerja awal seperti menentukan arah tuju sekolah dan konsep sekolah telah diuruskan oleh En Anuar bin Jais dibantu oleh En Safari bin Basir dan Pn Hajah Norsiah binti Osman.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra, Kulaijaya merupakan sekolah kawalan yang cuba dibangunkan dengan tujuan meningkatkan pencapaian akademik daerah Kulaijaya. Idea ini telah dicetuskan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Tuan Haji Markom bin Giran. Pada peringkat permulaan sekolah ini akan menerima pelajar seramai 450 orang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 4. Konsep terkawal menyebabkan sekolah ini hanya menerima pelajar terbaik yang akan dimasukkan ke dalam Rancangan Khas Agama, Rancangan Khas, Program Khas dan pelajar aliran sains tingkatan 4. Tarikh 5 Januari 2004 adalah tarikh keramat sekolah kerana pada hari ini sekolah menerima pelajarnya yang pertama. Tugas merealisasikan visi sekolah diketuai oleh pengetua pertama sekolah ini iaitu En Abdul Aziz bin Haji Redwan dan dibantu oleh 29 orang guru dan 8 orang kakitangan sokongan.
Pengoperasian sekolah ini telah mendapat bantuan sepenuhnya daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Penyerahan Plak Pengoperasian sekolah ini telah diadakan pada 12 Januari 2004. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Zakaria bin Haji Abd Shukor. Dengan adanya majlis ini semangat seluruh warga sekolah telah meningkat untuk menjadikan sekolah ini sebagai sebuah sekolah yang terbaik di dalam daerah Kulaijaya.
SMK Bandar Putra, Kulaijaya telah menjadi tulang belakang dalam pencapaian peperiksaan PMR dan SPM daerah Kulaijaya sejak ditubuhkan pada tahun 2004 sehingga kini.

Kemasukan Pelajar Baru
suntingKemasukan ke sekolah ini disaring oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kulaijaya. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar yang ditawarkan masuk ke sekolah ini merupakan pelajar-pelajar yang bersekolah rendah di daerah Kulaijaya sahaja. Syarat minimum untuk kemasukan ke tingkatan 1 ialah sekurang-kurangnya mendapat 3A dan 2B dalam peperiksaan UPSR. Namun begitu, disebabkan oleh permohonan yang begitu tinggi untuk memasuki sekolah ini, syarat-syarat tersebut menjadi semakin ketat saban tahun dan akhir-akhir ini, murid yang mendapat 5A (SK) dan 7A (SJKC & SJKT) di dalam peperiksaan UPSR sahaja akan ditawarkan masuk ke sekolah ini. Bagi kemasukan 2011 dan seterusnya, selain daripada mendapat 5A (SK) atau 7A (SJKC & SJKT) dalam UPSR, calon-calon hendaklah lulus temuduga khas yang dikendalikan oleh pihak sekolah sebelum ditawarkan masuk ke sekolah ini.
Pelajar-pelajar harus mengekalkan pencapaian semasa berada di sekolah ini. Untuk mengekalkan tempat di tingkatan 4, para pelajar harus mengekalkan pencapaian dengan mendapat sekurang-kurangnya 6A dan 2B dalam peperiksaan PMR. Pelajar yang gagal menunjukkan prestasi yang cemerlang di sekolah ini akan disingkirkan dan akan ditempatkan di sekolah lain.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
suntingPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah Sekolah
suntingSekolah merupakan tempat pelajar belajar dan diajar untuk mengembangkan potensi diri agar seimbang dan harmonis. Perkara ini boleh berlaku sekiranya mereka diberi peluang yang sewajarnya. Justeru, fokus utama sekolah berperanan “Loco In Parentis” untuk memenuhi keperluan pelajar memperolehi keseronokan, kuasa, kasih sayang, kebebasan dan kelangsungan hidup. Usaha ini adalah untuk melahirkan pelajar yang bijak dan pintar memenuhi impian diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Visi Sekolah
suntingPendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi Sekolah
suntingMelestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Matlamat Sekolah
suntingMembentuk satu pasukan tenaga pengajar yang mantap, berwibawa, berketerampilan, bertanggungjawab dan dedikasi untuk melahirkan murid yang BIJAK dan PINTAR dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek serta sekolah cemerlang yang menjadi idaman murid untuk meneruskan pengajiannya.
Objektif Sekolah
suntingSMK Bandar Putra, Kulai berusaha untuk:
- Meningkatkan kecekapan pengurusan hal ehwal murid dan disiplin.
- Mencipta sejarah sekolah dalam kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum.
- Membentuk guru-guru yang berintelek dan berpersonaliti serta mementingkan kecemerlangan.
Nilai Sekolah
suntingPendemokrasian pendidikan
Pendidikan sepanjang hayat
Mementingkan kualiti setiap masa
Penambahbaikan berterusan
Ambil tanggungjawab sendiri
Mempraktikkan semua amalan terbaik
Budaya Sekolah
suntingKerja sepasukan
Mesra pelanggan
Bijak dalam tindakan
Pandai mengurus diri
Bestari dalam pembelajaran
Moto Sekolah: Bijak dan Pintar
suntingPelajar-pelajar, guru-guru dan semua warga sekolah SMK Bandar Putra, Kulai berusaha untuk mencapai tahap bijak dan pintar dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah kerana ini adalah kunci utama untuk merealisasikan visi, misi dan objektif sekolah. Pelajar mesti pintar di dalam pembelajaran untuk membolehkan mereka cemerlang dan bijak membahagikan dalam kehidupannya di sekolah.
Lencana Sekolah
suntingPenerangan Lencana Sekolah
1. Perisai melambangkan jati diri pelajar yang boleh menangkis gejala buruk.
2. Nama sekolah disokong oleh lima tiang yang boleh diibaratkan sebagai panca agama (rukun Islam) dan panca negara (rukun negara).
3. Tiga bulatan berangkai merupakan semangat perpaduan yang sentiasa dipupuk dan disemarakkan serta kegiatan sukan merupakan satu aktiviti penting warga sekolah.
4. Radas sains menunjukkan sains adalah aliran utama sekolah ini.
5. Pen dan buku merupakan usaha sekolah menerapkan konsep iqrak bagi mewujudkan budaya membaca sebagai punca segala ilmu dan pendidikan sepanjang hayat.
6. Buku terbuka mengambarkan warga sekolah yang cintakan ilmu dan sentiasa membugar sumber ilmu pengetahuan.
7. Lambang stesen pemancar bumi merupakan penekanan sekolah menyahut cabaran wawasan negara.
8. Lencana sekolah secara keseluruhannya berteraskan kepentingan akademik yang disokong oleh aktiviti sukan manakala teknologi maklumat adalah aksesnya.
9. Warna biru menunjukkan sekolah adalah institusi yang ada undang-undang dan peraturan, putih mengambarkan kehidupan beragama dan bersih, warna merah menunjukkan sikap. Warna kuning mengambar pelajar-pelajar yang belajar di sekolah ini adalah pelajar terpilih. Warna-warna ini bila digabungkan dan disematkan di dada merupakan sebagai satu lambang kesediaan untuk mencapai kecemerlangan sekolah.
Lagu Sekolah
suntingPutra Terbilang
Bersyukur ada di sini
Mencapai kecemerlangan
Tinggi akal budi
Mulia nilai pekerti
BIJAK menuju wawasan
PINTAR mencapai impian
Sasa jati diri
Jadi Putra terbilang
Ilmu iman di hatiĄ
Hebat semangat juang
Rela menabur bakti
Itulah Putra terbilang
Tuhan berkati segala
Usaha teguh janji kita
Demi bangsa Negara
Warga Putra Terbilang
Senarai Pengetua
suntingNo. | Nama | Tahun |
---|---|---|
1. | Abdul Aziz bin Haji Redwan | 1 Jan 2004 - 31 Dis 2006 |
2. | Haji Aminuddin bin Mohd Sani | 1 Jan 2007 - 15 Jul 2008 |
3. | Azman bin Adnan | 16 Jul 2008 - 25 Jan 2015 |
4. | Zainal bin Mesran | 26 Jan 2015 - 31 Jan 2019 |
5. | Haji Anuar bin Jais | 1 Feb 2019 - 2 Jan 2022 |
6. | Haji Rahmat bin Baharudin | 3 Jan 2022 - 2 Feb 2025 |
7. | Mohd Baharun bin Hussin | 3 Feb 2025 - kini |
Pencapaian Sekolah
sunting- Menjadi sekolah terbaik dalam daerah Kulai sejak ditubuhkan pada tahun 2004.
- Mendapat tempat ke 10 sekolah terbaik negeri Johor dalam pencapaian PMR 2008, 2009 & 2010 dan tempat ke 9 negeri Johor dalam pencapaian SPM 2008 & 2009.
- 100% lulus dalam peperiksaan PMR 2005 & 2008 serta SPM dari tahun 2005-2010.
- Pada tahun 2016, seorang bekas pelajarnya, Navineish Nair Rajan, yang telah memperoleh 9A+ dalam SPM 2015, telah dianugerahkan biasiswa berprestij Kijang Emas tajaan Bank Negara Malaysia, yang membolehkannya melanjutkan pelajaran di luar negara dalam bidang yang diminatinya.
- Pada tahun 2022, Nurillyana Nafeesa atas pencapaian tertinggi dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia iaitu memperoleh Anugerah Pandu Puteri Raja 2022. Anugerah ini disampaikan oleh DYMM Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kepada 59 calon yang komited dari seluruh Malaysia.
Sekolah Aspirasi Johor
suntingPada tahun 2022, SMKBP telah diiktirafkan sebagai Sekolah Aspirasi Johor setelah diperiksa oleh para pegawai JPN Johor. Sekolah Aspirasi Johor menyebabkan sekolah ini lebih mementingkan ketempatan bahasa Inggeris.
Pautan luar
suntingFacebook Rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra, Kulai
- Laman sesawang rasmi sekolah http://smkbp.edu.my/v1/