Semenanjung Arab
(Dilencongkan daripada Semenanjung Tanah Arab)
Semenanjung Arab (Jawi: سمننجوڠ عرب ; Arab: شِبْهُ الْجَزِيرَةِ الْعَرَبِيَّة, rumi: Syibhul-Jazīrat il-`Arabiyyah atau جَزِيرَةُ الْعَرَب Jazīratul-`Arab) terletak di Asia Barat di antara Afrika dan Asia serta sebahagian besar daripada Timur Tengah. Kebanyakan daripada kawasannya berpadang pasir.

Pesisiran pantai Semenanjung Arab dikelilingi oleh Laut Merah (di barat dan barat daya) , Laut Arab (di selatan), Teluk Oman (di timur), Teluk Parsi (di timur laut) serta Teluk Aqaba (di barat laut).
Negara-negara di Semenanjung Arab ialah:
Geografi
suntingKawasan ini merupakan sebuah subbenua kerana terletak pada platnya sendiri iaitu Plat Arab. Sebahagian besar daripada kawasan semenanjung itu dimiliki oleh negara Arab Saudi.