Sheikh Ahmad Mohd Hashim
Tan Sri Dato' Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim (26 Disember 1896 - 4 Disember 1982) menjadi Menteri Besar Perlis ke-4 dari 1959-1971 dan pertama selepas Malaysia merdeka .
Sheikh Ahmad Hashim | |
---|---|
Kelahiran | Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim 26 Disember 1896 |
Meninggal dunia | 4 Disember 1982 | (umur 85)
Pekerjaan | Menteri Besar Perlis keempat |
Tahun aktif | 1959 - 1971 |
Anak-anak | Mohd Radzi Sheikh Ahmad |
Beliau menyandang jawatan itu dari 1 Mei 1959 hingga 31 Disember 1971. Ketika itu Perikatan/UMNO menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan di Perlis dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959. Beliau menjadi Menteri Besar hingga usia 75 tahun.
Latar belakang
suntingSheikh Ahmad bin Mohd Hashim lahir pada 26 Disember 1896 di Arau. Beliau bersekolah di Victoria Institution, Kuala Lumpur dan lulus Senior Cambridge.Kerjaya beliau sebagai kerani di pejabat Kerajaan Negeri Perlis selama 38 tahun. Seterusnya pegawai Jabatan Kastam dan Pegawai Kewangan Negeri Perlis.
Sejak 1946 beliau aktif dalam politik UMNO di Perlis dan menjadi pengasas UMNO di Perlis.[1]Beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Perundangan Persekutuan (1948-1959), Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pengerusi Penasihat Lembaga dan Urusan Tabung Haji. Pengalamannya sebagai pegawai kewangan, kerajaan melantik beliau sebagai pengerusi Bank Rakyat yang pertama.
Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman melantik beliau sebagai Menteri Besar Perlis selepas pilihan raya 1959.
Keluarga
suntingAnaknya Mohd Radzi Sheikh Ahmad menjadi ahli parlimen Kangar (1982-2008) dan dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri (2006-2008)dan lain-lain jawatan.[2] Dalam UMNO , menjadi Setiausaha Agung .
Kenang jasa
suntingStadium Dato Sheikh Ahmad di Jalan Kolam, Kangar dinamakan sempena namanya kerana dibina semasa beliau menjadi Menteri Besar. Stadium ini berhampiran dengan Sungai Perlis dan Hospital Kangar. Pingat dan anugerah yang diterimanya ialah PMP, PMN, PJK, JP.[3]
Masjid Ahmad Padang Besar juga dinamakan sempena namanya.
Selain itu, SMK Dato' Sheikh Ahmad, Arau dan Kampung Dato' Sheikh Ahmad, Beseri turut mengabadikan nama beliau.
Rujukan
suntingDidahului oleh Raja Ahmad |
Menteri Besar Perlis 1959-1971 |
Diikuti oleh: Jaafar Hassan |