Skeleton (sukan)
Skeleton ialah sukan luncur musim sejuk di mana seseorang menaiki sebuah kereta luncur kecil, yang dikenali sebagai kereta geluncur skeleton, menuruni trek beku sambil meniarap dan kepala mendahului. Sukan dan kereta geluncur ini dinamakan sempena rupa kereta luncurnya berbentuk seperti tulang.[1]
![]() Amy Williams menolak pada permulaan | |
Badan induk tertinggi | Persekutuan Kereta Gelongsor dan Skeleton Antarabangsa |
---|---|
Pertama kali dimainkan | Lewat abad ke-19, Switzerland |
Ciri-ciri | |
Sentuhan | Tiada |
Ahli pasukan | 1 |
Jenis | Sukan musim sejuk, percubaan masa |
Tempat | Balapan skeleton |
Kemunculan | |
Sukan Olimpik | 1928, 1948, 2002 hingga sekarang |
Berbeza dengan sukan lumba kereta gelongsor dan luge yang lain, perlumbaan ini sentiasa melibatkan penunggang tunggal. Seperti lumba kereta gelongsor, tetapi tidak seperti luge, perlumbaan bermula dengan larian permulaan dari pintu permulaan di bahagian atas laluan. Kereta luncur skeleton lebih nipis dan berat daripada kereta luncur luge, dan skeleton memberikan penunggang kawalan yang lebih tepat terhadap kereta luncur. Skeleton adalah yang paling perlahan daripada tiga sukan luncur, kerana posisi tunggangan meniarap dan kepala mendahului bagi skeleton adalah kurang aerodinamik berbanding tunggangan luge yang berbaring dan kaki mendahului.[2]
Sebelum ini, skeleton pernah muncul dalam program Olimpik di St. Moritz, Switzerland, pada tahun 1928 dan sekali lagi pada tahun 1948.[3] Ia dimasukkan secara kekal ke program Olimpik untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2002, di mana peringkat perlumbaan wanita telah ditambah.
Semasa perlumbaan elit, penunggang mengalami pecutan sehingga 5 g dan mencapai kelajuan melebihi 130 km/j (81 bsj).[1]
Sejarah
suntingSkeleton berasal dari St. Moritz, Switzerland, sebagai cabang dari sukan tobogan yang dipelopori oleh orang British di Cresta Run. Walaupun peluncur skeleton menggunakan peralatan yang serupa dengan penunggang sukan Cresta, kedua-dua sukan ini berbeza: sementara skeleton dijalankan di trek yang sama yang juga digunakan oleh lumba kereta gelongsor dan luge (yang sangat tertutup sehinggakan peserta tidak mungkin untuk tercampak keluar dari trek), Cresta hanya dimainkan di Cresta Run (yang lebih terbuka, bermakna seorang penunggang boleh tercampak keluar dari larian jika dia tidak terkawal). Kereta luncur skeleton dikemudi menggunakan tork yang dihasilkan oleh kepala dan bahu. Tobogan Cresta tidak mempunyai mekanisme stereng atau brek, walaupun penunggang Cresta menggunakan pencakar pada but mereka sebagai tambahan kepada mengalihkan berat badan untuk membantu mengemudi dan membrek.
Sukan skeleton boleh ditelusuri kembali pada tahun 1882, apabila askar Inggeris membina trek tobogan antara bandar Davos dan Klosters di Switzerland. Walaupun trek tobogan bukanlah sesuatu yang luar biasa pada masa itu, cabaran yang ditambah iaitu selekoh dan liku di trek Switzerland membezakannya dengan trek di Kanada dan Amerika Syarikat.[4] Sumber istilahnya diperdebatkan, sesetengah orang membuat tanggapan bahawa ia berasal dari rupa kereta luncur yang asalnya seperti rangka, dan yang lain adalah versi penginggerisan yang salah bagi perkataan Norway untuk tobogan iaitu kjelke.[5]
Kira-kira 30 km (20 batu) jauhnya dari bandar sukan musim sejuk St. Moritz, lelaki-lelaki British telah lama gemar berlumba sesama sendiri di atas jalan-jalan bandar yang sibuk dan berliku, menyebabkan kekecohan di kalangan penduduk kerana membahayakan pejalan kaki dan pelancong yang datang melawat. Pada tahun 1884, Mejar William Bulpett, dengan sokongan perintis sukan musim sejuk dan pemilik hotel Kulm, Caspar Badrutt, membina Cresta Run, iaitu trek tobogan pertama yang seumpamanya di St. Moritz.[6] Trek itu melalui tiga perempat batu dari St. Moritz ke Celerina dan mengandungi sepuluh selekoh yang masih digunakan sehingga hari ini. Apabila Sukan Olimpik Musim Sejuk diadakan di St. Moritz pada tahun 1928 dan 1948, Cresta Run dimasukkan ke dalam program, menandakan satu-satunya dua kali skeleton dimasukkan sebagai acara Olimpik sebelum kemasukan kekalnya pada Sukan Musim Sejuk 2002.[3]
Dalam pertandingan Grand National 1887 di St. Moritz, Encik Cornish memperkenalkan posisi mendahului kepala yang kini adalah tradisional, trend ini telah berkuat kuasa sepenuhnya menjelang Grand National 1890.[3][7]
Perluasan antarabangsa
suntingSkeleton telah dipraktik terutamanya di Switzerland; bagaimanapun, pada tahun 1905, Stiria mengadakan pertandingan skeleton pertamanya di Mürzzuschlag, Austria. Ini membuka pintu kepada pertandingan skeleton kebangsaan lain termasuk kejohanan Austria yang diadakan pada tahun berikutnya. Pada tahun 1908 dan 1910, pertandingan skeleton telah diadakan di Semmering Pass.[4] Apabila populariti sukan ini berkembang, skeleton berevolusi menjadi sukan yang diiktiraf pada hari ini. Pada tahun 1892, kereta luncur itu telah diubah suai oleh L. P. Child, seorang lelaki Inggeris, untuk menggabungkan reka bentuk yang lebih asas.[4]
Pada tahun 1923, Federation Internationale de Bobsleigh et de Tobogganing (FIBT) telah ditubuhkan sebagai badan induk sukan ini. Tidak lama kemudian, pada tahun 1926, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa mengisytiharkan kereta gelongsor dan skeleton sebagai sukan Olimpik dan menerima pakai peraturan larian St. Moritz sebagai peraturan Olimpik yang diiktiraf secara rasmi.[4] Walau bagaimanapun, ia baru bermula pada tahun 2002, skeleton kembali ke Sukan Olimpik Musim Sejuk selepas ketiadaannya selama 54 tahun, dengan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2002 di Salt Lake City, Utah. Pada tahun 2015, FIBT dinamakan semula sebagai Persekutuan Kereta Gelongsor dan Skeleton Antarabangsa (International Bobsleigh & Skeleton Federation atau IBSF), dan Kongres IBSF menerima pakai statut pentadbiran semasanya pada tahun 2016.[8]
Populariti sukan ini telah berkembang sejak Sukan Olimpik Musim Sejuk 2002 dan kini merangkumi penyertaan oleh beberapa negara yang sama ada tidak mempunyai atau tidak boleh mempunyai trek kerana batasan iklim, rupa bumi atau kewangan. Atlet dari negara seperti Australia, New Zealand, Bermuda, Afrika Selatan, Argentina, Iraq, Israel, Mexico, Brazil, dan juga Kepulauan Virgin telah melibatkan diri dengan sukan ini dalam beberapa tahun kebelakangan ini. IBSF mengendalikan program sokongan untuk negara membangun, yang mana mereka menyediakan bantuan kewangan perjalanan, bimbingan, dan peralatan kepada negara yang tidak mempunyai trek mahupun tiga jurumudi berkelayakan dalam tiga disiplin IBSF; pada tahun 2017, 20 persekutuan kebangsaan layak mendapat sokongan kewangan dalam skeleton lelaki, dan 11 layak dalam skeleton wanita.[9]
Pertandingan antarabangsa
suntingIBSF menganjurkan tiga litar kompetitif untuk pertandingan skeleton antarabangsa, dalam dua peringkat: peringkat pertama untuk dua Piala Benua, dan peringkat kedua untuk Piala Dunia peringkat teratas. Setiap atlet menerima mata berdasarkan keputusan mereka dan tahap pertandingan, yang digunakan untuk menentukan kedua-dua kedudukan mereka di setiap litar yang mereka lumba dan juga kedudukan keseluruhan merentasi semua litar. Tingkat pertengahan, Piala Antara Benua, telah dihentikan selepas musim 2022–23.[10]
Persekutuan kebangsaan diberikan kuota tempat atlet pada peringkat yang lebih tinggi mengikut kedudukan keseluruhan atlet individu mereka semasa musim sebelumnya, tetapi bebas untuk mereka menghantar mana-mana atlet yang berkelayakan ke pertandingan di mana mereka mempunyai kuota yang ada. Walau bagaimanapun, kedudukan disiplin atlet individu digunakan untuk menentukan susunan permulaan untuk pusingan pertama setiap perlumbaan: trek menjadi kurang licin selepas setiap larian berturut-turut, jadi permulaan yang lebih awal adalah lebih diingini.[11] Dalam pusingan kedua (keempat di Kejohanan Dunia dan Olimpik Musim Sejuk), peserta bermula dalam susunan terbalik dari kedudukan mereka selepas pusingan sebelumnya. (Pada perlumbaan empat pusingan, susunan permulaan dalam pusingan kedua dan ketiga adalah dalam susunan menaik masa gabungan dari pusingan sebelumnya.)
Selain daripada siri empat perlumbaan, IBSF juga menganjurkan Kejohanan Dunia, yang diadakan pada akhir setiap musim luncur kecuali apabila Sukan Olimpik Musim Sejuk diadakan, dan Kejohanan Dunia Junior (terbuka kepada atlet berumur 23 tahun ke bawah) yang diadakan setiap tahun tanpa mengira Olimpik. Satu perlumbaan setiap musim Piala Dunia juga ditetapkan sebagai Kejohanan Eropah.[11] IBSF bekerjasama dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa untuk menyelia perlumbaan skeleton di Sukan Olimpik Musim Sejuk, dan sistem kedudukan IBSF digunakan untuk menentukan peruntukan kuota atlet Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan.
Pada semua litar kompetitif biasa, hari perlumbaan didahului oleh tiga atau empat hari latihan pra-perlumbaan untuk membolehkan atlet mempelajari selok-belok setiap trek, dan setiap atlet mesti melengkapkan beberapa larian latihan yang berjaya untuk layak bertanding. Lazimnya, jika pertandingan yang sama juga merangkumi perlumbaan kereta gelongsor, perlumbaan skeleton akan diadakan terlebih dahulu, kerana kereta gelongsor yang lebih berat menyebabkan lebih banyak kerosakan pada trek.
Piala Benua
suntingDua siri Piala Benua ialah Piala Eropah (juga dipanggil Europa Cup atau European Cup) dan Piala Amerika Utara. Kedua-dua siri ini terbuka kepada atlet dari semua negara peserta, tetapi dengan beberapa batasan: 15 atlet teratas dalam kedudukan gabungan tidak dibenarkan berlumba dalam Piala Benua, dan atlet tidak dibenarkan berlumba kecuali pasukan mereka telah mengisi semua kuota tempat yang diperuntukkan dalam Piala Dunia. Selain itu, pasukan dihadkan kepada empat atlet di benua rumah mereka dan dua atlet di benua lain. (Untuk tujuan batasan ini, pasukan Afrika dianggap sebagai benua rumah di Piala Eropah dan pasukan Asia, Oceania, dan Amerika Selatan adalah benua rumah di Piala Amerika Utara.)[11]
Sebagai tahap terbawah pertandingan skeleton antarabangsa, keputusan perlumbaan dalam Piala Benua diberikan nilai mata terendah untuk kedudukan, dengan penamat tempat pertama diberikan 75 mata (berbanding 225 mata untuk Piala Dunia). Hanya 30 atlet teratas yang menerima mata kedudukan; tempat ke-30 bernilai 1 mata.[11] Walau bagaimanapun, dua perlumbaan biasanya diadakan dalam setiap disiplin pada satu hujung minggu perlumbaan, membolehkan atlet yang kompetitif secara konsisten memperoleh kedudukan yang lebih tinggi daripada jika mereka pergi ke satu perlumbaan Piala Dunia dan menamatkan perlumbaan dengan buruk.
Piala Antara Benua
suntingPiala Antara Benua (ICC) diperkenalkan sebagai tahap perantaraan antara Piala Benua dan Piala Dunia; penamat tempat pertama mendpat nilai 120 mata dalam kedudukan IBSF (berbanding 225 mata untuk kemenangan dalam Piala Dunia). ICC telah dihentikan selepas musim 2022–23 untuk meningkatkan bilangan atlet yang mengambil bahagian dalam Piala Dunia.[10]
Piala Dunia
suntingPiala Dunia ialah tahap tertinggi pertandingan skeleton antarabangsa, dan mempunyai kuota pasukan yang paling ketat, tanpa pasukan menerima penyertaan automatik. Untuk mendpat kelayakan, sesebuah pasukan mesti meletakkan sekurang-kurangnya seorang atlet dalam kedudukan 70 teratas (untuk lelaki) dalam jadual kedudukan keseluruhan (55 teratas untuk wanita); kuota telah dilonggarkan bagi musim 2023–24 untuk mengambil kira pemberhentian Piala Antara Benua. Setiap pasukan menerima beberapa posisi permulaan yang sama dengan bilangan atlet dari pasukan itu yang berada dalam 70 teratas (untuk lelaki) atau 55 teratas (untuk wanita) dalam kedudukan keseluruhan musim sebelumnya, sehingga maksimumnya iaitu empat.[10] Untuk layak menyertai perlumbaan Piala Dunia, atlet mesti telah berjaya menamatkan lima perlumbaan di dua trek dalam dua musim sebelumnya.[11] Pada akhir musim Piala Dunia, lelaki dan wanita yang mempunyai kedudukan tertinggi, dengan hanya mempertimbangkan mata yang diperoleh dalam perlumbaan Piala Dunia, diberikan piala yang dikenali sebagai Crystal Globe.
Kejohanan Benua
suntingRencana ini perlu dikemas kini.(November 2023) |
Satu perlumbaan Piala Dunia setahun boleh ditetapkan sebagai kejohanan benua untuk benua di mana ia diadakan. Kejohanan ini adalah perlumbaan "di atas kertas", berdasarkan hanya masa dalam acara Piala Dunia yang dijadualkan secara berkala, dengan atlet yang mewakili benua yang berbeza dikecualikan. Pada masa ini, ianya hanya dilakukan di Eropah; perlumbaan Kejohanan Eropah 2017/18 adalah perlumbaan Piala Dunia yang diadakan pada 15 Disember 2017 di Innsbruck, Austria. Juara Eropah semasa ialah Martins Dukurs dari Latvia[12] dan Elena Nikitina dari Rusia.[13]
Kejohanan Dunia Senior
suntingRencana ini perlu dikemas kini.(November 2023) |
Pada tahun bukan Olimpik, sebuah persekutuan kebangsaan menawarkan diri untuk menganjurkan Kejohanan Dunia (Senior) (untuk kedua-dua lumba kereta gelongsor dan skeleton), yang terbuka kepada semua atlet yang memenuhi syarat pengalaman yang dikenakan pada Piala Dunia dan ICC (termasuk atlet junior). Sistem kuota untuk Kejohanan Dunia Senior adalah sama seperti Piala Dunia, kecuali semua persekutuan kebangsaan berhak menghantar seorang atlet. Juara Dunia Junior bertahan dalam setiap disiplin juga menerima penyertaan automatik. Tidak seperti semua perlumbaan yang ditaja oleh IBSF yang lain, Kejohanan Dunia menggunakan format dua hari, empat pusingan, dengan kedudukan ditentukan oleh jumlah masa untuk kesemua empat pusingan.[11]
Kejohanan Dunia 2016/17 telah diadakan di trek kereta gelongsor, luge, dan skeleton Königssee di Bavaria, 24–26 Februari 2017. Martins Dukurs dari Latvia memenangi pertandingan lelaki[14] dan Jacqueline Lölling dari Jerman memenangi pertandingan wanita.[15] Kerana tahun 2018 adalah tahun Olimpik, tiada Kejohanan Dunia diadakan untuk musim 2017/18.
Kejohanan Dunia Junior
suntingRencana ini perlu dikemas kini.(November 2023) |
Kejohanan Dunia Junior diadakan setiap tahun, tetapi dijadualkan untuk mengelakkan konflik dengan Olimpik dan Kejohanan Dunia Senior. Atlet junior ialah mereka yang berumur di bawah 23 tahun, atau yang mencapai umur 23 tahun pada satu ketika dalam musim pertandingan. Semua negara berhak menghantar sehingga tiga atlet ke Kejohanan Dunia Junior, tertakluk kepada syarat bahawa setiap peserta mesti telah menamatkan sekurang-kurangnya tiga pertandingan yang disahkan oleh IBSF di sekurang-kurangnya dua trek dalam dua tahun sebelumnya.[11]
Kejohanan Dunia Junior 2017–18 telah diadakan pada 25 Januari 2018 di St. Moritz, Switzerland, dan pemenangnya ialah Anna Fernstädt dari Jerman dan Nikita Tregubov dari Rusia.[16]
Sukan Olimpik Musim Sejuk
suntingAcara skeleton dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk menggunakan format dua hari, empat pusingan yang sama seperti Kejohanan Dunia, tetapi kuota pasukan jauh lebih kecil. Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa memperuntukkan kuota atlet kepada jawatankuasa Olimpik kebangsaan dengan kerjasama IBSF dan menggunakan sistem kedudukan IBSF untuk menentukan kelayakan; 20 wanita dan 30 lelaki bertanding di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea, dengan satu kuota automatik diberikan kepada negara tuan rumah (Korea) untuk setiap jantina. Untuk lelaki, tiga negara menerima tiga tempat kuota setiap satu, enam diperuntukkan dua tempat, dan lima mendapat satu; untuk wanita, dua negara menerima tiga tempat, empat mendapat dua, dan dua mendapat satu. Kedudukan negara untuk penetapan kuota adalah berdasarkan atlet ketiga tertinggi, kedua tertinggi, atau tertinggi mereka dalam kedudukan keseluruhan IBSF sepanjang tempoh kelayakan. Sebagai tambahan, tiga tempat kuota dikhaskan untuk negara yang benuanya tidak menerima sebarang perwakilan berdasarkan prosedur penetapan ini.
Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan boleh menghantar atlet selain daripada mereka yang kedudukannya memperoleh tempat kuota, tetapi atlet yang dipilih mesti berada dalam kedudukan 60 teratas (untuk lelaki) atau 45 teratas (untuk wanita) dalam senarai IBSF dan memenuhi syarat pengalaman yang serupa dengan yang dikenakan pada Piala Dunia.[17] Walau bagaimanapun, peraturan IBSF 4.1 menetapkan bahawa, untuk tujuan menentukan kelayakan 60 teratas (atau 45 teratas), atlet berkedudukan lebih rendah dari negara yang telah menerima kuota penuh 'dibersihkan' dari senarai sebelum kedudukan ordinal atlet ditentukan.[11] Ini memberi kesan dalam membenarkan wakil benua untuk Afrika ke dalam temasya 2018, kerana mereka sepatutnya terlalu rendah dalam senarai kedudukan untuk layak (terutamanya, peluncur Nigeria Simidele Adeagbo berada di kedudukan ke-74 sebelum pembersihan,[18] tetapi berada dalam 45 teratas selepas penggunaan peraturan 4.1).
Sukan
suntingKetercapaian skeleton kepada amatur menjadi pemangkin kepada peningkatan popularitinya. Terutamanya, Nino Bibbia, seorang peniaga buah-buahan dan sayur-sayuran dari St. Moritz, Switzerland, memenangi emas Olimpik pada acara 1948.[6] Dengan kemunculan trek pertama yang dibekukan secara buatan pada tahun 1969 di Königssee/Berchtesgaden, Jerman, atlet kini dapat berlatih sukan ini tanpa mengira keadaan cuaca.[4][19] Sukan ini juga dipromosikan oleh pegawai skeleton sebagai sukan laluan untuk "melatih atlet muda yang bercita-cita tinggi... untuk kerjaya masa depan mereka dalam lumba kereta gelongsor."[4]
Trek
suntingKereta gelongsor
sunting"Tobogan yang digunakan di negara-negara Alpin pada akhir abad ke-19 telah diilhamkan oleh kereta luncur Kanada/India yang digunakan untuk pengangkutan".[4] Pelbagai penambahan dan usaha reka bentuk semula dilakukan oleh atlet telah membawa kepada kereta luncur skeleton yang digunakan pada hari ini. Pada tahun 1892, L. P. Child memperkenalkan "America", kereta luncur logam baharu yang merevolusikan skeleton sebagai sukan. Reka bentuk yang diperkemas menyediakan kereta luncur padat dengan pelari logam, dan reka bentuk itu diterima dengan cepat. Pada tahun 1902, Arden Bott menambah tempat duduk gelongsor untuk membantu atlet mengalihkan berat badan mereka ke hadapan dan ke belakang, ciri yang tidak lagi disertakan pada kereta luncur moden.
Pada tahun 2010, FIBT menyekat bahan yang dibenarkan untuk membuat kereta luncur skeleton. Rangka kereta luncur mesti diperbuat daripada keluli dan tidak boleh termasuk mekanisme stereng atau brek. Walau bagaimanapun, plat dasar boleh diperbuat daripada plastik. Pemegang dan bampar yang terdapat di sepanjang sisi kereta luncur membantu untuk menahan atlet semasa larian.[20]
Spesifikasi selanjutnya termasuk dalam peraturan FIBT mengenai dimensi kereta luncur:[4][20]
Berat gabungan maksimum (atlet + kereta luncur) |
Berat kereta luncur maksimum | |
---|---|---|
Lelaki | 115 kg (253.5 lb) | 43 kg (94.8 lb) |
Wanita | 102 kg (224.9 lb) | 38 kg (83.8 lb) |
Sesetengah atlet memilih untuk memasang bahara jika berat gabungan atlet dan kereta luncur jatuh di bawah berat gabungan maksimum. Bahara ini hanya boleh ditambah pada kereta luncur, bukan pada penunggang.
- Dimensi:
- Panjang: 80–120 cm (31.5–47.2 in)
- Tinggi: 8–20 cm (3.1–7.9 in)
- Jarak antara peluncur: 340–380 mm (13.4–15.0 in)
Peralatan
sunting- topi keledar perlumbaan alpin dengan pelindung dagu, atau topi keledar khusus skeleton
- sut laju perlumbaan sama sendat yang diperbuat daripada bahan tekstil tidak bersalut
- kasut berpaku, serupa dengan kasut pepaku trek
- gogal atau pelindung muka
- pad siku dan bahu pilihan di bawah sut mereka
- kereta luncur
Organisasi
suntingOrganisasi | Description |
---|---|
Kelab Skeleton Bavaria | Ditubuhkan pada tahun 1969 di Munich, Jerman, dan diketuai oleh Senator Hans Riedmayer dan Max Probst (beliau sendiri seorang jurutera bob skeleton), kelab ini penting dalam menganjurkan beberapa acara skeleton kebangsaan dan antarabangsa pertama di Königsee, Tirol, dan Czechoslovakia.[6] |
Kelab Tobogan St. Moritz[21] | Kelab persendirian yang diasaskan pada tahun 1887 oleh Mejar Bulpett dari St. Moritz. Keahlian dipilih daripada pemohon dalam "Senarai Tambahan" mereka. St. Moritz ialah tempat kelahiran sukan ini. |
Persatuan Bob Skeleton British | Pertubuhan Bob Skeleton Rasmi British yang ahlinya terdiri daripada atlet dan peminat. Laman web mereka merangkumi banyak maklumat mengenai sukan ini, sejarahnya, acara, gambar, berita dan kemas kini mengenai atlet dan sukan ini.[6] |
Persatuan Skeleton Alberta | Terletak di Calgary, Alberta, tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 1988. Menawarkan perlumbaan dan tuisyen. Telah menghasilkan atlet bertaraf antarabangsa. |
Persekutuan Kereta Gelongsor dan Skeleton Antarabangsa | Ditubuhkan pada tahun 1923 sebagai Federation Internationale de Bobsleigh et de Tobogganing (FIBT), dan dinamakan semula pada tahun 2015, FIBSF ialah badan induk rasmi untuk sukan ini. Ibu pejabatnya terletak di Lausanne, Switzerland. |
Persekutuan Sukan Ais Brazil | Pertubuhan Bob Skeleton Rasmi Brazil telah ditubuhkan pada tahun 1996 di Rio de Janeiro. Laman web mereka merangkumi banyak maklumat mengenai sukan ini, sejarahnya, acara, gambar, berita dan kemas kini mengenai atlet dan sukan ini.[22] |
Jadual pingat Olimpik
suntingLelaki
suntingJuara Olimpik semasa: Korea Selatan (KOR) Yun Sung-bin Atlet Olimpik dari Rusia (OAR) Nikita Tregubov Great Britain (GBR) Dominic Parsons
Kedudukan | Negara | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Amerika Syarikat | 2 | 2 | 1 | 5 |
2 | Kanada | 2 | 1 | 0 | 3 |
3 | Rusia | 1 | 0 | 1 | 2 |
4 | Itali | 1 | 0 | 0 | 1 |
Korea Selatan | 1 | 0 | 0 | 1 | |
6 | Latvia | 0 | 2 | 0 | 2 |
7 | Atlet Olimpik dari Rusia | 0 | 1 | 1 | 2 |
8 | Austria | 0 | 1 | 0 | 1 |
9 | Great Britain | 0 | 0 | 3 | 3 |
10 | Switzerland | 0 | 0 | 1 | 1 |
Jumlah (10 negara) | 7 | 7 | 7 | 21 |
Wanita
suntingJuara Olimpik semasa: Great Britain (GBR) Lizzy Yarnold Jerman (GER) Jacqueline Lölling Great Britain (GBR) Laura Deas
Kedudukan | Negara | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Great Britain | 3 | 1 | 2 | 6 |
2 | Amerika Syarikat | 1 | 2 | 0 | 3 |
3 | Switzerland | 1 | 0 | 0 | 1 |
4 | Jerman | 0 | 2 | 1 | 3 |
5 | Kanada | 0 | 0 | 1 | 1 |
Rusia | 0 | 0 | 1 | 1 | |
Jumlah (6 negara) | 5 | 5 | 5 | 15 |
Jumlah kedudukan Olimpik (2018)
suntingKedudukan | Negara | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Amerika Syarikat | 3 | 4 | 1 | 8 |
2 | Great Britain | 3 | 1 | 5 | 9 |
3 | Kanada | 2 | 1 | 1 | 4 |
4 | Rusia | 1 | 0 | 2 | 3 |
Switzerland | 1 | 0 | 2 | 3 | |
6 | Itali | 1 | 0 | 0 | 1 |
Korea Selatan | 1 | 0 | 0 | 1 | |
8 | Jerman | 0 | 2 | 1 | 3 |
9 | Latvia | 0 | 2 | 0 | 2 |
10 | Atlet Olimpik dari Rusia | 0 | 1 | 0 | 1 |
Austria | 0 | 1 | 0 | 1 | |
Jumlah (11 negara) | 12 | 12 | 12 | 36 |
Kecederaan otak
suntingKedua-dua sukan skeleton dan sukan saudaranya, lumba kereta gelongsor, telah dikaitkan dengan kecederaan otak traumatik, satu fenomena yang dikenali sebagai sled head. Pelbagai kes bunuh diri dari bekas atlet telah dikaitkan dengan sukan-sukan ini.[23][24]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b "Skeleton sledding". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2013-07-23.
- ^ Nelson, Dustin (19 February 2018). "Here's How You Can Tell the Difference Between Luge, Skeleton, and Bobsled". Thrillist.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 May 2018.
- ^ a b c "St. Moritz Tobogganing Club" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Disember 2012. Dicapai pada 18 Julai 2007.
- ^ a b c d e f g h "History" (dalam bahasa Inggeris). Fibt.com. 2 Oktober 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2014. Dicapai pada 14 Februari 2014.
- ^ "Everything you wanted to know about skeleton (but were afraid to ask)". nbcolympics.com (dalam bahasa Inggeris). 2022-02-07. Dicapai pada 2024-07-24.
- ^ a b c d "British Bob Skeleton Association" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2007-07-18.
- ^ "Skeleton Sledding". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Encyclopædia Britannica. 2007.
- ^ "IBSF Statutes" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). International Bobsleigh & Skeleton Federation. 12 June 2016. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 20 June 2017. Dicapai pada 2017-12-16.
- ^ Pengilly, Adam (29 September 2017). "IBSF Emerging Nations Support Package 2017/18" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). International Bobsleigh & Skeleton Federation. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 22 December 2017. Dicapai pada 2017-12-16.
- ^ a b c "Yanqing Olympic Sliding Center celebrates its debut as a World Cup track" (Siaran akhbar) (dalam bahasa Inggeris). International Bobsleigh and Skeleton Federation. 14 November 2023. Dicapai pada 14 November 2023.
- ^ a b c d e f g h "International Skeleton Rules 2017" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). International Bobsleigh & Skeleton Federation. September 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 22 December 2017. Dicapai pada 2017-12-16.
- ^ "European Championship (Men's Skeleton)" (dalam bahasa Inggeris). International Bobsleigh and Skeleton Federation. 15 December 2017. Dicapai pada 2017-12-17.
- ^ "European Championship (Women's Skeleton)" (dalam bahasa Inggeris). International Bobsleigh and Skeleton Federation. 15 December 2017. Dicapai pada 2017-12-17.
- ^ "World Championship" (dalam bahasa Inggeris). International Bobsleigh & Skeleton Federation. 26 February 2017. Dicapai pada 2017-12-16.
- ^ "World Championship" (dalam bahasa Inggeris). International Bobsleigh & Skeleton Federation. 25 February 2017. Dicapai pada 2017-12-16.
- ^ "Skeleton Athletes Anna Fernstädt and Nikita Tregubov Junior World Champions" (Siaran akhbar) (dalam bahasa Inggeris). International Bobsleigh and Skeleton Federation. 25 January 2018. Dicapai pada 2018-02-02.
- ^ "Qualification System for the XXIII Olympic Winter Games PyeongChang 2018: Skeleton" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). International Bobsleigh & Skeleton Federation. 17 May 2016. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 20 June 2017. Dicapai pada 2017-12-16.
- ^ "Standings (2017/2018) (Women's skeleton) (IBSF ranking)" (dalam bahasa Inggeris). International Bobsleigh and Skeleton Federation. Dicapai pada 2018-02-02.
- ^ "Skeleton, in winter sports". The Columbia Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). Columbia University Press. 2004.
- ^ a b IBSF International Skeleton Rules (PDF) (dalam bahasa Inggeris). 2015. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2015-12-22. Dicapai pada 2017-03-19.
- ^ "Cresta Run homepage". Cresta-run.com. Dicapai pada 17 May 2018.
- ^ "CDBG homepage". Cbdg.org.br. Dicapai pada 17 May 2018.
- ^ Futterman, Matthew (2020-07-26). "Sledding Athletes Are Taking Their Lives. Did Brain-Rattling Rides and High-Speed Crashes Damage Their Brains?". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2020-11-21.
- ^ McCradden, Melissa D.; Cusimano, Michael D. (2018-09-18). "Concussions in Sledding Sports and the Unrecognized "Sled Head": A Systematic Review". Frontiers in Neurology (dalam bahasa Inggeris). 9: 772. doi:10.3389/fneur.2018.00772. ISSN 1664-2295. PMC 6153360. PMID 30279676.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Skeleton (sukan) |
- Peraturan Skeleton Torino 2006
- Federation Internationale de Bobsleigh et de Toboganning (FIBT) Badan induk dunia.
- Kereta Gelongsor dan Skeleton USA (USBSF) Badan induk untuk sukan kereta gelongsor dan skeleton di USA.
- Bobsleigh CANADA Skeleton Badan induk untuk sukan kereta gelongsor dan skeleton di Kanada.
- Persatuan Skeleton Alberta Badan induk wilayah untuk sukan skeleton di Alberta.
- NewSliders.com Laman pengenalan mengenai sukan ini, daripada seorang peserta.
- OSSP6P, Laman pemilihan Kolam Pick 6 Sukan Luncur Olimpik Vancouver 2010.