Stephen Jacob Jimbangan
Stephen Jacob Jimbangan atau lebih dikenali sebagai Datuk Dr. Stephen Jimbangan ialah ahli politik yang berasal dari Sabah, Malaysia. Beliau adalah bekas calon Parti Gagasan Rakyat Sabah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kapayan, Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14. Selain itu, beliau juga merupakan bekas Setiausaha Agung Parti Gagasan Rakyat Sabah dan memegang jawatan presiden ke-2 untuk Parti Gagasan Rakyat Sabah sebelum diambil-alih oleh Hajiji Noor.[5][6][7][8] Pada tahun 2023, beliau dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Agung untuk Parti Gagasan Rakyat Sabah dengan Setiausaha Agung parti tersebut Mohd Razali Razi.[9]
Stephen Jacob Jimbangan PGDK (Sabah) | |
---|---|
![]() | |
Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah | |
Dalam jawatan 2021–2023 | |
Didahului oleh | Dr.Ationg Tituh |
Digantikan oleh | Hajiji Noor |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Stephen Jacob Jimbangan @ Stephen Jimbangan[1] (Tarikh lahir, 26 Ogos) Kepayan, Penampang, Sabah[2] |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Datin Evelyn Anak John Ganjos[3] |
Anak | 3[4] |
Pekerjaan | Ahli politik |
Dikenali dengan | Dilantik sebagai presiden ke-2 untuk Parti GAGASAN |
Pendidkan
suntingBeliau mendapat pendidikan tinggi di Universiti Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal[10]. Kemudian, beliau meneruskan pengajian di peringkat sarjana dalam Masters of Business Administration (MBA) di sebuah universiti di Australia. Beliau juga telah mendapat gelaran "Dr" apabila menamatkan pengajian dalam Doctorate of Business Administration (DBA) daripada sebuah universiti di Perancis.
Kerjaya
suntingBeliau memulakan kerjaya sebagai ahli politik pada tahun 2013 sebagai ahli politik bebas yang berkhidmat di kawasan Penampang. Beliau telah disarankan oleh penduduk Kapayan untuk menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) selepas beliau banyak memberi sumbangan di kawasan beliau. Beliau sempat bertanding atas tiket Parti Tindakan Demokratik pada permulaan kerjaya politik beliau. Walaubagaimanapun, Selepas penubuhan Parti Gagasan Rakyat Sabah oleh Dr. Ationg Tituh, beliau menghantar surat menyertai parti tempatan tersebut untuk memperkuatkan kubu kuat parti-parti tempatan di kawasan Penampang dan terus diterima.[11] Beliau menjadi presiden kedua pada tahun 2021 menggantikan Ationg Tituh dan seterusnya beliau digantikan oleh Hajiji Noor sebagai presiden ketiga dan menjadi Timbalan Setiausaha Agung untuk Parti Gagasan Rakyat Sabah pada 2023.[12][13]
Kehidupan Peribadi
suntingBeliau mempunyai seorang isteri dari Sarawak, Datin Evelyn Anak John Ganjos, yang merupakan seorang peguam. Beliau juga mempunyai tiga orang anak lelaki, Christian Isaac Jimbangan, Ivan Avannus Jacob Jimbangan, dan Xavier Steven Jimbangan. Anak kedua beliau, Ivan, mendapat perhatian media apabila mendapat tawaran masuk ke universiti-universiti terkemuka dunia termasuklah Stanford University di California, Amerika Syarikat, 5 buah universiti "Ivy League" yang lain, serta London School of Economics and Political Science (LSE)[14].
Keputusan Pilihan Raya
suntingTahun | Kawasan negeri | Bilangan Undi | Peratusan | ||
---|---|---|---|---|---|
2020 | N25 Kapayan, P174 Penampang | Kalah kerusi | Stephen Jacob Jimbangan[22] (GAGASAN) | 892 | 4.59% |
Penghargaan
suntingPenghargaan di Malaysia
sunting- Sabah :
- Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) – Datuk (2023)
Lihat juga
sunting- Kota Kinabalu (kawasan persekutuan)
- Api-Api (kawasan negeri)
- Ationg Tituh (Pengasas PGRS)
- Chong Tze Kiun (Ahli politik Kota Kinabalu)
Pautan luar
suntingRujukan
sunting- ^ https://pru.sinarharian.com.my/calon/4175/stephen-jacob-jimbangan
- ^ https://pru.sinarharian.com.my/calon/4175/stephen-jacob-jimbangan
- ^ https://pru.sinarharian.com.my/calon/4175/stephen-jacob-jimbangan
- ^ https://pru.sinarharian.com.my/calon/4175/stephen-jacob-jimbangan
- ^ Leonard Alaza (August 28, 2019). "Gagasan to have leaders who can perform". Daily Express. Dicapai pada August 28, 2019.
- ^ Stephanie Lee (27 August 2019). "New party ready to fight for Sabah, will not work with any others to achieve goals". The Star Online. Dicapai pada 27 August 2019.
- ^ Durie Rainer Fong (August 27, 2019). "Sabah's small opposition party has big aims". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-02. Dicapai pada August 27, 2019.
- ^ https://pru.sinarharian.com.my/calon/4175/stephen-jacob-jimbangan
- ^ https://www.msn.com/en-my/news/berita/hajiji-dipilih-presiden-gagasan-rakyat/ar-AA178eFO
- ^ "Keputusan | Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-15". PRU @ Sinar Harian. Dicapai pada 2025-01-16.
- ^ Durie Rainer Fong (August 27, 2019). "Sabah's small opposition party has big aims". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-02. Dicapai pada August 27, 2019.
- ^ https://pru.sinarharian.com.my/calon/4175/stephen-jacob-jimbangan
- ^ https://www.msn.com/en-my/news/berita/hajiji-dipilih-presiden-gagasan-rakyat/ar-AA178eFO
- ^ "Top-scoring Sabahan who helps the needy gets accepted into Ivy League universities, chooses to attend Stanford University". Yahoo News (dalam bahasa Inggeris). 2021-04-20. Dicapai pada 2025-01-16.
- ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2018. Dicapai pada 1 April 2020.
- ^ "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) – Results Overview". election.thestar.com.my.
- ^ a b "N47 Kuamut". Malaysiakini. Dicapai pada 30 May 2020. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "undi.info" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ https://pru.sinarharian.com.my/calon/6996/ationg-tituh