Sulaiman Abuanza
pembangun aplikasi mudah alih dan pelajar dari Gaza, Palestin
Sulaiman J. S. Abuanza ialah seorang pembangun aplikasi mudah alih dan pelajar dari Gaza, Palestin. Beliau ialah pelajar jurusan Sains Komputer tahun dua di Universiti Antarabangsa Albukhary, Kedah, Malaysia.[1]
Sulaiman Abuanza | |
---|---|
سليمان ابو عنزه | |
Kelahiran | Sulaiman J. S. AbuAnza Gaza, Palestin |
Meninggal dunia | 7 Oktober 2023 (berumur 22–23) Gaza, Palestin |
Sebab kematian | Serangan dalam perang Israel-Palestin |
Pendidikan | Sarjana Muda Kejuruteraan Keselamatan Maklumat, Gaza, Palestin Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Siber), Kedah, Malaysia (dalam pengajian) |
Pusat pendidikan | Kolej Universiti Sains Gunaan, Universiti Antarabangsa Albukhary |
Laman web rasmi | sulaimanportfolio0 |
Kematian
suntingBeliau telah mati ditembak oleh tentera Israel pada 7 Oktober 2023 gara-gara berada berdekatan sempadan Gaza dan kawasan yang dikawal ketat oleh tentera Israel. Beliau pulang ke Gaza dari Malaysia untuk menziarahi keluarga dan melakukan pembedahan lasik.[2]
Rujukan
sunting- ^ Samson, Zuid (2023-10-17). "Pelajar Universiti Antarabangsa Albukhary maut ditembak tentera Israel di Gaza". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-10-17.
- ^ Samson, Zuid (2023-10-17). "Pelajar AIU maut ditembak tentera Israel". Kosmo Digital. Dicapai pada 2023-10-17.