Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II

Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II ibni Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II adalah Sultan Kedah ke-21.

Sultan Dhiauddin
Mukarram Shah II
ضياء الدين ٢
Sultan Kedah
Sultan Kedah
Pemerintahan1 September 1797 – September 1803
Kemahkotaan-
Pemasyhuran2 September 1797
Didahului olehSultan Abdullah Mukarram Shah
Diikuti olehSultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II
Keputeraan-
Kemangkatan25 Januari 1815
Kota Indera Kayangan
Pemakaman27 Januari 1815
Makam Diraja Kota Indera Kayangan, Perlis
PasanganWan Tam
AnakandaTunku Hakim Ibrahim
Tunku Yusuf
Tunku Muhammad
Tunku Safia
Nama selepas mangkat
Marhum Kayang awwil
KerabatMahawangsa
AyahandaSultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II
BondaTunku Putri binti Tunku Ishak
AgamaSunni Islam

Baginda merupakan putera kepada Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Tunku Putri binti Tunku Ishak. Pada 2 September 1797, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-21 dan bersemayam di Kota Setar.

Pemerintahan

sunting

Pada tahun 1802, baginda telah memajak Seberang Perai kepada George Leith sebanyak $4000 setiap tahun. Baginda telah bermuafakat dengan jemaah menteri untuk mengangkat Tengku Ahmad Tajuddin sebagai Sultan.

Turun takhta dan kemangkatan

sunting

Pada 19 September 1804, baginda telah melepaskan takhta bagi memberi laluan kepada Tengku Ahmad Tajuddin Walau bagaimanapun, baginda kekal memegang jawatan Raja Muda Kedah dan bersemayam di Kota Indera Kayangan. Pada 4 Februari 1811, baginda telah melawat Kedah dan bersemayam di Kota Kuala Kedah. Setelah 40 hari bersemayam, baginda memohon daripada Sultan Kedah untuk pulang semula ke Kota Kayang.

Pada 24 Januari 1815, baginda telah mangkat akibat kegeringan, dan dimakamkan di Langgar Kota Kayang.

Didahului oleh
Sultan Abdullah Mukarram Shah
Sultan Kedah
1 September 1797 – 19 September 1803
Diikuti oleh:
Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II