Susanti
Watak
Susanti ialah sebuah watak dalam cereka animasi Upin & Ipin. Ia merupakan rakan sebaya kepada watak utama, Upin dan Ipin yang berasal dari Indonesia. Watak ini turut muncul dalam filem animasi, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal.
Susanti | |
---|---|
Watak Upin & Ipin, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal | |
Disuarakan oleh |
Sarah Nadhirah (musim 3-5) Andhika (musim 5-10) Yohanna (musim 10-11) Adwin (musim 12-16) Khansa (musim 16-kini) |
Informasi | |
Spesies | Manusia |
Jantina | Perempuan |
Kewarganegaraan | ![]() |
Ciri-ciri watak
suntingRupa
suntingSusanti tampil dengan kulit cerah dan tidak sawo matang macam kebanyakan kawan-kawannya, mungkin kerana bersolek tebal. Ini menunjukkan bahawa dia berasal dari sebuah keluarga yang berada.
Perwatakan
suntingWalaupun bertutur dalam bahasa dan pelat Indonesia, namun bahasa yang digunakannya amat mudah difahami oleh rakan-rakan setempat. Sebagai anak orang berada, Susanti kelihatan agak pandai dengan teknologi berbanding rakan-rakan sekelasnya selaku penduduk kampung.