Suzuki Airi
Airi Suzuki (鈴木 愛理 , Suzuki Airi, lahir April 12, 1994 di Gifu, Jepun) merupakan seorang penyanyi pop dan pelakon, dan masih bersama kumpulan °C-ute dan menyertai kumpulan tambahan yang dikenali sebagai Buono!. Beliau merupakan anak perempuan kepada pemain golf profesional, Toru Suzuki.
Airi Suzuki 鈴木 愛理 | |
---|---|
Juga dikenali sebagai | Airin |
Berasal dari | ![]() |
Genre | J-pop |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 2002–sekarang |
Syarikat rakaman | Piccolo Town, Zetima |
Pengkarya berkait | °C-ute, Aa!, 4Kids, Hello! Project Kids, Buono! |
Kemunculan pertamanya ialah sebagai sebahagian daripada kumpulan 4Kids, yang merupakan kumpulan tambahan sementara yang turut serta menjayakan cerita Mini Moni iaitu Mini Moni ja Movie: Okashi na Daibōken!, di pasaran sejak 2003.
Setelah beberapa lama kemudian,beliau menyertai Aa! bersama-sama Tanaka Reina daripada Morning Musume, dan Natsuyaki Miyabi daripada Berryz Kobo. Satu-satunya single mereka yang terulung ialah FIRST KISS yang dipasarkan pada 29 October 2003. Sewaktu itu, beliau masih berumur 9 tahun, 6 bulan dan 17 hari, menjadikan beliau seorang penyanyi utama yang termuda dalam sejarah Hello! Project.
Pada 21 Julai, 2007, diumumkan bahawa beliau akan menyertai unit tambahan bersama-sama Tsugunaga Momoko dan Miyabi Natsuyaki yang merupakan ahli kumpulan Berryz Koubou dan unit baru ini dinamakan Buono!.