Taman Tasik Taiping
Taman Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia. Kawasan ini pernah dikuasai oleh pemimpin Hai San, iaitu Chung Keng Kwee. Apabila Residen Perak, Frank Swettenham mendapati kawasan ini strategik untuk pembangunan, kerja-kerja membaik pulih dimulakan sehingga ia dibuka untuk orang awam pada 17 November 1893. Pembangunan ini juga dibantu oleh penguasa perlombongan, William Scott sebagai peneraju yang menyusun pelan pembangunan.[1]
Taman Tasik Taiping | |
---|---|
![]() Pemandangan senja di Taman Tasik Taiping | |
![]() Peta Taman Tasik Taiping | |
Jenis | Taman rekreasi |
Lokasi | Jalan Pekeliling |
Bandar terdekat | Taiping |
Keluasan | 96.44 hektar (238.3 ekar) |
Diasaskan | 1884 |
Ditadbir oleh | Majlis Bandaraya Taiping |
Dibuka untuk | 17 November 1893 |
Tumbuhan | 1,300 |
sunting![]() |
Kawasan ini juga terletak di antara Bukit Larut dan Zoo Taiping yang merupakan tarikan utama bagi penduduk sekitar serta pelancong. Keluasan asal taman ini adalah 61.93 hektar serta diperbesarkan sehingga mencapai keluasan 96.44 hektar oleh Majlis Perbandaran Taiping. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia telah menganggarkan terdapat 113 pokok hujan-hujan dan 1,300 jenis pokok lain di dalamnya.[1]
Kemudahan
sunting- Balapan
- Taman permainan kanak-kanak
- Bulatan kasut roda
- Kayak dan bot (Berbayar)
- Tandas awam
- Sekolah ( SMK TAMAN TASIK )
Rujukan
sunting- ^ a b "Taiping Lake Gardens was an abandoned tin min". The Star. 2013-10-17. Dicapai pada 2019-07-24.