Tan Mohd Aminuddin Ishak
Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak (1950-2012) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan EXCO Pahang, mantan ADUN Chenor selama lima penggal (1990-2012) dan mantan Timbalan Menteri Besar Pahang. Di peringkat parti beliau ialah mantan Ketua UMNO Bahagian Maran.
Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak | |
---|---|
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang | |
Dalam jawatan 1999–2012 | |
Menteri Besar Pahang | ![]() ![]() |
Ahli Dewan Negeri Pahang untuk Chenor | |
Dalam jawatan 1990–2012 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1950 Chenor, Maran, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Meninggal dunia | 19 Jun 2012 (64 tahun) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Datin Nooraihan Mohamad |
Anak | 2 orang |
Meninggal dunia
suntingPada 18 jun 2012, Tan Aminuddin meninggal dunia pada usia 64 tahun di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Beliau dimasukkan ke hospital itu pada 8 Jun 2012 kerana mengalami cirit-birit serta muntah muntah dan kemudiannya ditempatkan di ICU akibat komplikasi penyakit lain termasuk tekanan darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis. Jenazah dikebumikan di Kampung Machang Gelap, Seberang Chenor, Maran.
Keluarga
suntingIsterinya Datin Nooraihan Mohamed dan mereka mempunyai dua orang anak. [1]