Templat:Arkib Peristiwa Lepas/2019
Januari
- Seramai 8 orang terbunuh dalam nahas kereta api di Jambatan Great Belt, Denmark.
- Jabatan Pentadbiran Angkasa Negara China telah melancarkan Chang'e 4 yang merupakan pesawat angkasa lepas pertama yang akan mendarat pada sisi jauh bulan.
- Sultan Muhammad V memutuskan untuk melepaskan takhta sebagai SPB Yang Dipertuan Agong ke-15.
- Sultan Abdullah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang Moden ke-6.

- Selepas empat bulan pilihan raya umum, Stefan Löfven, dipilih semula sebagai Perdana Menteri Sweden ke-33.
- Lebih daripada sembilan puluh orang terbunuh dan berpuluh-puluh orang lain cedera dalam letupan di saluran paip minyak berhampiran Tlahuelilpan, Mexico.
Februari
- Piala Asia AFC berakhir dengan kemenangan Qatar mengalahkan Jepun di perlawanan akhir.
- Sekurang-kurangnya 46 anggota keselamatan terbunuh dalam serangan pengeboman bunuh diri dekat Pulwama di Kashmir, India.
- Konfrontasi ketenteraan antara India dan Pakistan merebak selepas kedua-dua negara melakukan serangan udara.
- Kardinal George Pell (foto) menjadi anggota pangkat tertinggi dalam Gereja Katolik yang akan didakwa atas penderaan seks kanak-kanak.
- Filem Green Book dinobatkan sebagai filem terbaik manakala filem Bohemian Rhapsody berjaya memenangi empat anugerah dari kategori yang lain di Anugerah Akademi ke-91.
- Muhammadu Buhari dipilih sebagai Presiden Nigeria.
Mac
- Lebih 2,775 orang awam dan 111 buah sekolah terkesan akibat pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.
- Sekurang-kurangnya 49 orang terbunuh dalam tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand.

- Berikutan kemalangan Penerbangan 302 Ethiopian Airlines dengan kematian semua 157 orang di dalam pesawat, perkhidmatan pesawat Boeing 737 MAX (dalam gambar) digantung di seluruh dunia.
- Zuzana Caputová dipilih sebagai presiden Slovakia, menjadi presiden perempuan pertama dan paling muda.

- Di Iran, banjir yang meluas sejak akhir Mac mengakibatkan sekurang-kurangnya 62 orang maut (banjir di Wilayah Golestan dalam gambar).
- Sekurang-kurangnya 160 orang terbunuh dalam serangan terhadap penggembala orang Fula di tengah Mali.
April

- Kerjasama Teleskop Event Horizon menerbitkan imej langsung pertama (gambar) dari lohong hitam.
- Omar al-Bashir digulingkan dari Presiden Sudan dalam sebuah kudeta selepas hampir 30 tahun di memerintah, ketika protes beramai-ramai terhadap kerajaan.
- Pengasas WikiLeaks Julian Assange ditangkap oleh pihak berkuasa British selepas Ecuador menarik balik suaka beliau.

- Sebuah kebakaran telah merosakkan Katedral Notre-Dame (gambar) di Paris.
- Volodymyr Zelensky memenangi pilihan raya presiden Ukraine.
- Satu gempa bumi terjadi di Luzon, Filipina dan menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 18 orang.
- Banjir dan angin ekoran Taufan Kenneth membunuh sekurang-kurangnya 45 orang, mencederakan lebih daripada 200 orang, dan menyebabkan kerosakkan teruk di Mozambique dan Kepulauan Comoro.
Mei
- Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh dalam pertikaian di sempadan Gaza–Israel.
- Pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat Doris Day, meninggal dunia pada usia 97 tahun.
- Liga Perdana Inggeris berakhir dengan Manchester City dinobatkan sebagai juara.
- Mantan Perdana Menteri Australia, Bob Hawke, meninggal dunia pada usia 89 tahun.
- Joko Widodo melalui partinya, PDI-P, dipilih semula sebagai Presiden Indonesia bagi penggal kedua berturut-turut selepas mencatatkan kemenangan besar di Dewan Perwakilan Rakyat.
- Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah, mangkat pada usia 89 tahun.
- Perikatan Demokratik Nasional melalui pemimpin Parti Bharatiya Janata, Narendra Modi mencatatkan kemenangan besar di dalam pilihan raya umum India 2019.
- Perdana Menteri Britain, Theresa May (foto), yang ditekan untuk mengendalikan Brexit, mengumumkan niat beliau untuk meletak jawatan.
- Sebuah kruiser sungai berlanggar dengan sebuah kapal dan karam di Budapest, Hungary, membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang.
- Brigitte Bierlein telah dinamakan sebagai Canselor Austria sementara selepas undi tidak percaya menjatuhkan kerajaan Sebastian Kurz.
- James Marape dipilih sebagai Perdana Menteri Papua New Guinea, berikutan dengan perletakan jawatan Peter O'Neill.
Jun

- Liga Juara-juara UEFA berakhir dengan Liverpool (kapten Jordan Henderson foto) mengalahkanTottenham Hotspur di perlawanan akhir.
- Mette Frederiksen (gambar) bakal dilantik sebagai Perdana Menteri Denmark ke-27 selepas memenangi Pilihan raya umum Denmark 2019.
- Beratus ribu penduduk Hong Kong membuat bantahan menentang cadangan rang undang-undang berkaitan dengan ekstradisi.
- Dua buah kapal tangki minyak telah diserang di Teluk Oman, mengakibatkan ketegangan hubungan antara Iran dan Amerika Syarikat.
- Mantan Presiden Mesir ke-5, Mohammed Morsi, meninggal dunia pada usia 67 tahun
- Sekurang-kurangnya 184 orang terbunuh ekoran satu gelombang haba di India.
- Presiden wilayah di Amhara, Ethiopia, Ambachew Mekonnen dan panglima tentera Se'are Mekonnen (foto) telah dibunuh.
- Bandar Milan dan Cortina d'Ampezzo di Itali, telah dipilih sebagai tuan rumah bersama untuk menganjurkan Olimpik Musim Sejuk dan Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2026.
- Satu runtuhan manusia terjadi dalam sebuah konsert di Antananarivo, Madagascar, membunuh 16 orang dan mencederakan lebih 100 orang.
Julai
- Satu gerhana matahari berlaku di sebahagian Pasifik Selatan dan Amerika Selatan.
- Satu serangan udara ke sebuah pusat pelarian di luar kota Tripoli, Libya, membunuh sekurang-kurangnya 53 orang dan mencederakan 130 orang yang lain.
- Parlimen Eropah memilih Ursula von der Leyen (gambar) sebagai presiden Suruhanjaya Eropah baharu.
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak Ebola di Congo sebagai satu darurat kesihatan awam antarabangsa.
- Sebuah kebakaran dengan sengaja dilakukan kepada Studio 1 Kyoto Animation dan mengakibatkan 26 orang terbunuh.
- Gabenor Puerto Rico Ricardo Rosselló mengumumkan meletak jawatan ekoran meningkatnya bantahan berikutan satu skandal pesanan sosial melibatkan kabinet beliau.
- Dalam satu gelombang haba Eropah, rekod suhu tertinggi negara dipecahkan di United Kingdom, Jerman, Belgium, Belanda dan Luxembourg.
- Boris Johnson mengantikan Theresa May sebagai ketua dalam Parti Konservatif dan menjadi Perdana Menteri United Kingdom.
- Presiden Tunisia sekarang, Beji Caid Essebsi meninggal dunia pada umur 92 tahun, dan Mohamed Ennaceur dinamakan sebagai presiden sementara.
- Pelumba basikal Colombia, Egan Bernal (gambar) menjadi pelumba Amerika Latin pertama yang menjuarai Tour de France.
Ogos
September
- Satu gempa bumi melanda Maluku, Indonesia, membunuh sekurang-kurangnya 30 orang.
- Sultan Kelantan ke-28, Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra mangkat di Wad DiRaja Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan pada usia 69 tahun.
Oktober
- Sepuluh hari protes di Ecuador berakhir selepas Presiden Lenin Moreno bersetuju untuk memansuhkan langkah-langkah penjimatan dan memulihkan subsidi minyak.
- Hadiah Nobel dalam Kimia dianugerahkan kepada John B. Goodenough, M. Stanley Whittingham, dan Akira Yoshino untuk pembangunan bateri ion litium.
- Turki memulakan serangan tentera ke atas Rojava, Syria, selepas tentera A.S. menarik diri dari rantau itu.
- Tunjuk perasaan (gambar) terhadap kenaikan tambang metro telah berlaku di Santiago, Chile menyebabkan Presiden Sebastián Piñera mengisytiharkan darurat.
- Perbicaraan para pemimpin kemerdekaan Catalonia dimuktamadkan dengan sembilan orang tertuduh dijatuhkan hukuman penjara, mencetus bantahan di seluruh wilayah.
- Sewaktu bantahan keras di Bolivia, penyandang presiden, Evo Morales dipilih kembali memegang jawatan presiden, walaupun pihaknya kehilangan majoriti mereka di dalam Dewan.
- Tiga puluh sembilan orang ditemui mati di dalam lori berhawa dingin bersendi di Grays, England.