Templat:Arkib Peristiwa Lepas/2020
Januari
sunting

- 17 orang banduan terbunuh dalam dua rusuhan penjara di sebuah pusat pemulihan di Cieneguillas, Mexico.
- Serangan udara oleh dron Amerika Syarikat mengorbankan Mejar Jeneral Qasem Soleimani dan Komander PMF, Abu Mahdi al-Muhandis.
- Selepas satu serangan udara A.S. yang membunuh jeneral Iran Qasem Soleimani, sekurang-kurangnya 56 orang meninggal dunia akibat satu rempuhan semasa majlis pengkebumian beliau di Kerman, dan tentera Iran menyerang dua buah pangkalan tentera di Iraq
- Penerbangan 752 Ukraine International Airlines terhempas tidak lama selepas berlepas daripada Tehran, Iran, membunuh kesemua 176 orang di dalamnya.
- Haitham bin Tariq Al Said telah dinamakan sebagai penguasa baharu negara Oman selepas mangkatnya pupunda baginda Sultan Qaboos bin Said Al Said, pada usia 79 tahun.
- Robert Abela menjadi Perdana Menteri Malta selepas perletakan jawatan Joseph Muscat.
- Gunung Berapi Taal di Filipina meletus (foto), menyebabkan semua operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino digantung.
- Di China, strain baharu bagi koronavirus (contoh gambar) menyerang lebih 800 orang, membunuh sekurang-kurang 25.
- Sebuah gempa bumi di Elazığ, Turki, membunuh sekurang-kurangnya tiga puluh lapan orang dan mencederakan lebih daripada seribu orang.
- Pada Anugerah Grammy di Los Angeles, Billie Eilish (gambar) memenangi kategori utama Artis Baharu Terbaik, serta Lagu, Rekod, dan Album Tahun Terbaik.
- Bekas pemain bola keranjang Amerika Kobe Bryant, dan anaknya Gianna, serta tujuh yang lain mati dalam kemalangan helikopter berdekatan Los Angeles.
- Banjir dan tanah runtuh di tenggara Brazil, membunuh sekurang-kurangnya 60 orang dan meninggalkan ribuan orang kehilangan tempat tinggal.
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengumumkan wabak penyakit pernafasan daripada koronavirus baru (gambar) menjadi Kecemasan Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa.
Februari
sunting

- Li Wenliang ialah salah seorang daripada lapan penyebar "maklumat palsu" berkenaan wabak koronavirus di China telah meninggal dunia akibat selepas merawat seorang pesakit yang positif jangkitan virus tersebut.
- Tembakan besar-besaran di Korat, Thailand, menyebabkan sekurang-kurangnya 27 orang mati dan lebih daripada 60 yang lain cedera.
- Filem Korea Selatan Parasite memenangi empat Anugerah Akademi, termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik untuk Bong Joon-ho (gambar).
- Pilihan raya umum Ireland diakhiri dengan tidak ada pihak yang memegang majoriti kerusi dalam Dáil Éireann.
- Penembakan di Hanau, Jerman, menyebabkan sebelas orang mati dan lima lagi cedera.
- Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, tetapi YDPA melantik beliau semula untuk memegang jawatan dalam interim sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.
- Tiga puluh lapan orang terbunuh dan lebih daripada dua ratus lagi cedera dalam rusuhan di Timur Laut Delhi, India, semasa bantahan terhadap Akta Pindaan Kewarganegaraan 2019.
- Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak (gambar) meninggal dunia pada usia 91 tahun.
- Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri ke-8 selepas krisis politik yang membawa kepada peletakan jawatan pendahulu beliau, Mahathir Mohamad.
- Amerika Syarikat dan Taliban menandatangani perjanjian damai yang membentuk rangka kerja untuk mengakhiri perang di Afghanistan.
Mac
sunting- Di Amerika Syarikat, satu puting beliung melanda empat buah kaunti di sekitar Nashville, Tennessee, membunuh 25 orang.
- Yvonne Farrell (foto) dan Shelley McNamara memenangi Hadiah Senibina Pritzker.
Yvonne Farrell pada tahun 2015 - Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak COVID-19 sebagai pandemik, sementara kabinet Itali pula meluluskan perlaksanaan kuarantin kebangsaan.
- Ahli paleontologi mengumumkan pengenalpastian tengkorak fosil Asteriornis maastrichtensis, bukti burung moden tertua yang bertarikh pada era Mesozoik.
- Igor Matovič menjadi Perdana Menteri Slovakia selepas pilihan raya pada Februari.
- Sukan Olimpik Musim Panas 2020 ditangguhkan ke 2021 berikutan pandemik COVID-19.
- Macedonia Utara menjadi sebahagian dari ahli NATO.

- Lukisan Vincent van Gogh bertajuk Rumah Paderi di Nuenen (gambar) telah dicuri dari muzium Singar Laren di Belanda.
April
sunting- Siklon Harold membadai Kepulauan Solomon, Vanuatu, Fiji dan Tonga, membunuh sekurang-kurangnya 29 orang.

- Mahkamah Tinggi Australia membebaskan Kardinal George Pell dari pertuduhan penderaan seksual kanak-kanak.

- Beberapa siri puting beliung (imej satelit ditunjukkan) melanda Amerika Syarikat Tenggara, menyebabkan 30 kematian.
- Pilihan raya perundangan Korea Selatan menyaksikan kemenangan parti pemerintah, Parti Demokratik dan sekutu mereka meningkatkan majoriti di dalam Perhimpunan Kebangsaan.
- Sebuah tembakan beramai-ramai berlaku di Nova Scotia, Kanada, mengorbankan 17 orang.
- Sebuah tembakan beramai-ramai berlaku di Nova Scotia, Kanada, mengorbankan 23 orang.
- Di Israel, parti Likud dan gabungan Kahol Lavan mencapai persetujuan untuk membentuk pemerintahan perpaduan antara Benjamin Netanyahu dan Benny Gantz selepas 17 bulan dalam kebuntuan.
Mei
sunting- Sebuah kebocoran gas di Andhra Pradesh, India, mengorbankan 13 orang dan mencederakan ribuan yang lain.
- Ahli astronomi mengumumkan penemuan lohong hitam pertama yang terletak di sebuah sistem bintang yang dapat dilihat dengan mata kasar.
- Di Filipina, rangkaian televisyen terkemuka tempatan ABS-CBN (gambar logo) diarahkan untuk ditutup oleh Suruhanjaya Telekomunikasi Kebangsaan.

Jun
sunting
Julai
sunting
Ogos
sunting
September
sunting
Oktober
sunting
November
sunting
Disember
sunting- Ijtimak besar antara Musytari dan Zuhal sejak 1623 berlaku pada 21 Disember.
- Misi pengembalian sampel Chang'e 5 (gambar ditunjukkan) mengembalikan bahan bulan ke Bumi.
- Saarani Mohamad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baharu selepas peletakan jawatan Ahmad Faizal Azumu ekoran kekalahan dalam usul undi tidak percaya.
- Nana Akufo-Addo dipilih sebagai Presiden Ghana untuk penggal kedua berturut-turut.
- Zdravko Krivokapić menjadi Perdana Menteri Montenegro, ahli politik bebas pertama yang berbuat demikian.