Templat:Pengguna:26 Ramadan/PengenalanLamanUtama/Kotak Pasir

 Rencana pilihan


Bekantan jantan

Bekantan, monyet belanda atau bayau (Nama saintifik: Nasalis larvatus) merupakan sejenis monyet yang mendiami pokok dan endemik di pulau Borneo. Monyet spesies ini hidup di samping orang utan. Ia merupakan satu-satunya ahli genus Nasalis, biarpun langur Pulau Pagai juga pernah dikatakan serumpun dalam genus tersebut. Spesies monyet ini mudah dicam kerana hidungnya yang begitu besar. Bekantan tergolong dalam subfamili Colobinae di bawah rumpun monyet Dunia Lama. Terdapat dua subspesiesnya, iaitu N. l. larvatus (Wurmb, 1787) yang menduduki seluruh taburan spesiesnya dan N. l. orientalis (Chasen, 1940) yang terhad di Kalimantan barat laut. Walau bagaimanapun, perbezaan antara dua subspesies ini halus sekali.

Nama timangan bagi monyet ini adalah "monyet belanda" ataupun "orang belanda" kerana ia disamakan oleh orang tempatan dengan penjajah Belanda yang demikian besar perut dan hidungnya.

Rencana pilihan sebelum ini:

 Hari ini dalam sejarah


24 Februari: Hari Kemerdekaan di Estonia (1918); Hari Bendera di Mexico.

Paus Gregorius XIII

Hari-hari sebelum: 23 Februari22 Februari21 Februari

 Tahukah anda...


Seorang atlet angkat berat melakukan snatch
Seorang atlet angkat berat melakukan snatch
  • "... bahawa sukan angkat berat Olimpik dilaksanakan lebih cepat berbanding sukan menguji kekuatan yang lain?"
  • "... bahawa ijazah kehormat disarankan supaya disenaraikan dalam résumé sebagai anugerah bukannya kelayakan akademik?"
  • "... bahawa warna berangan adalah warna umum untuk kuda?"
  • "... bahawa pistol pelepas digunakan bersama dengan pemasa elektronik automatik bagi acara larian?"
  • "... bahawa sukan ‎paraekuestrian adalah sukan khas bagi orang kurang upaya?"
  • "... bahawa terdapat kuda kacukan di antara kuda betina dengan keldai jantan?"