Templat:GP/Minggu 37 2011
(Dilencongkan daripada Templat:WP:GP/Minggu 37 2011)
New York merupakan bandar raya yang teramai penduduknya di Amerika Syarikat, dan juga pusat kawasan metropolitan New York, salah sebuah kawasan metropolitan yang teramai penduduknya di dunia. Sebagai bandar raya global utama, New York memancarkan pengaruh hebat terhadap perdagangan, kewangan, media, kebudayaan, kesenian, fesyen, penyelidikan, pendidikan dan hiburan sedunia.