Tentera Laut Kuwait telah ditubuhkan pada tahun 1961[3] tidak lama selepas Britain menamatkan status perlindungan negara ini selepas Operasi Vantage.
Semasa serangan ke atas Kuwait dan Operasi Desert Storm, Tentera Laut Kuwait hampir musnah sepenuhnya.[4][5] Pada permulaan serangan, Tentera Laut Iraq telah menawan dan menenggelamkan lima buah lancang serang laju peluru berpandu kelas TNC-45 Lürssen dan sebuah lancang serang laju peluru berpandu kelas FPB-57 Lürssen milik Kuwait.[6] Tentera Laut Kuwait juga kehilangan 20 buah kapal-kapal lain kepada Iraq semasa perang.[7]
Pada 11 November 2008, Pangkalan Tentera Laut Kuwait terletak di lokasi di mana perjanjian bersejarah ditandatangani iaitu Protokol Khawr Abd Allah atau juga dikenali sebagai Protokol KAA. Protokol KAA antara Tentera Laut Kuwait dan Tentera Laut Iraq merupakan perjanjian ketenteraan bilateral maritim pertama dan berjaya dalam mengkoordinasi dan menyah konflik penggunaan laluan air Khawr Abd Allah sejak sebelum permulaan Perang Teluk Parsi 1991. Protokol ini dibangunkan dan dianjurkan oleh Mejar David Hammond RM, seorang pegawai Tentera Laut Diraja Britain pada tahun 2008 dan ia kemudian diratifikasikan oleh kedua-dua pihak kerajaan Kuwait dan Iraq sebelum majlis tandatangan pada 11 November 2008. Ia kemudian dilaporkan kepada Kongres A.S pada bulan Disember 2008 dalam laporan dan teks berkenaan 'Measuring Stability and Security in Iraq' yang mana terdedah kepada akses awam berikutan kebocoran nota-nota diplomatik A.S.[8]
- Kapal perang Tentera Laut Kuwait
- Kor Marin Kuwait
- Unit Komando Marin Kuwait
Sebahagian daripada armada terkini
sunting
Senarai Bot Peronda Laju Peluru Berpandu
sunting
Kelas |
Jumlah |
Nota
|
Istiqlal (Jerman FPB-57) |
1 |
410 tan muatan penuh – 4 MM-40 SSM – ditauliahkan pada1983
|
Al Sanbouk (Jerman TNC-45) |
1 |
255 tan muatan penuh – 4 MM-40 SSM – ditauliahkan pada 1984
|
Um Al Maradim (Combattante P37-BRL) |
8 |
245 tan muatan penuh – 4 Sea Skua SSM – ditauliahkan pada 1998–2000
|
Senarai kapal tempur rondaan
sunting
Kelas |
Jumlah |
Nota
|
Intisar (Australian OPV-310) |
4 |
|
Al-Shaheed (FPB 100K) |
3 |
|
Subahi (FPB 115) |
10 |
|
Kassir Inshore Patrol Craft |
3 |
|
Victory Team (P-46) |
16 |
|
Inshore Patrol Crafts |
50 |
|
Mark V Special Operations Craft |
10 |
|
Senarai kapal amfibia dan lancang pendaratan
sunting
Kelas |
Jumlah |
Nota
|
Al-Tahaddy LCU |
2 |
|
Safar (Loadmaster) LCU |
1 |
|
LCU (ST Marine) |
1 |
|
Saffar (L 6401)
|
2
|
64m lancang pendaratan dibina oleh ADSB di UAE
|
Sabhan (L 4201)
|
1
|
42m lancang pendaratan dibina oleh ADSB di UAE
|
Sea Keeper
|
5
|
16m lancang pendaratan laju dibina oleh ADSB di UAE
|
Air-cushioned landing craft
|
2
|
|
Kelas |
Jumlah |
Nota
|
Sawahil (Kapal Sokongan Dorrar) |
1 |
|
Nautilus (Swiftship 176) SDV |
2 |
|
- 1 DSV (Kapal Sokongan Penyelaman)
Lancang pendaratan, satu program perolehan untuk Tentera Laut Kuwait telah memasukkan perolehan dua buah lancang pendaratan sepanjang 64 m, sebuah lancang pendaratan sepanjang 42 m dan lima buah lancang pendaratan komposit sepanjang 16 m; kesemuanya akan dibina oleh ADSB di kawasan industri Mussafah (UAE). Di mana kesemuanya telah diserahkan kecuali sebuah lancang pendaratan 64 m yang diserahkan pada tahun 2017.[9]