Terminal Bas Shahab Perdana
Terminal Bas Shahab Perdana yang terletak di Mergong, Alor Setar iaitu di Lebuhraya Sultanah Bahiyah berdekatan pasaraya Tesco Mergong dan Pasaraya KH merupakan stesen bas yang terbesar terdapat di negeri Kedah. Pada masa akan datang, Shahab Perdana akan bertukar wajah dan bertukar nama ke Shahab Sentral. Walau bagaimanapun, ia masih dalam perbincangan lagi.
Di sini terdapat 24 kaunter tiket bas ekspres ke seluruh bandar utama di Semenanjung Malaysia. Perkhidmatan teksi juga turut disediakan.
Projek Naik Taraf
suntingProjek naik taraf melibatkan kos RM12 juta itu melibatkan dua fasa iaitu fasa pertama melibatkan Sistem Tiket Berpusat dan Sistem Operasi Terminal manakala fasa kedua pada April 2025 melibatkan kerja perubahan infrastruktur seperti pengubahsuaian dan reka bentuk semula laluan bas, ruang niaga, tandas dan lain-lain.[1]
Rujukan
sunting- ^ "Terminal Bas Shahab Perdana Alor Setar bakal dinaik taraf". Sinar Harian. 2024-09-23. Dicapai pada 2025-02-24.