Tukang Venezuela (burung)
Tukang Venezuela (Setopagis heterura) atau tukang Santa Marta ialah spesies tukang dalam keluarga Caprimulgidae. Ia ditemui di Brazil, Kolombia, Guyana dan Venezuela.[2][3]
Tukang Venezuela | |
---|---|
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Caprimulgiformes |
Keluarga: | Caprimulgidae |
Genus: | Setopagis |
Spesies: | S. heterura
|
Nama binomial | |
Setopagis heterura (Todd, 1915)
| |
![]() | |
Sinonim | |
Caprimulgus parvulus heterurus |
Taksonomi dan sistematik
suntingIa pernah dianggap sebagai subspesies Nyctidromus anthonyi dan Setopagis parvula tetapi perbezaan genetik, bulu, dan vokal menyokong keadaannya sebagai spesies tersendiri. Nama silihannya, tukang Santa Marta, sempena Pergunungan Santa Marta di Kolombia, telah ditolak kerana julat spesies itu jauh lebih besar. Ia ialah ekajenis.[3][4]
Pemerihalan
suntingPanjangnya ialah 17 hingga 21 cm (6.7 hingga 8.3 in). Jantan biasanya berbulu atas warna kelabu, dengan jalur dan tompok kehitaman dan kuning pucat. Ia mempunyai relang lelang yang sempit pada leher belakang, tekak putih, dan dada perang gelap dengan sorot dan tompok halus. Dalam penerbangan, sayapnya memaparkan tompok putih pada kedua-dua bahagian atas dan bawah. Semua bulu ekornya kecuali yang paling dalam mempunyai hujung putih yang mudah dilihat. Betina mempunyai gombak yang lebih gelap, tekak kuning pucat, dan tiada putih di ekornya. Ekor kedua-dua jantina lebih pendek daripada ekor simpatrik tukang yang lain.[3]
Taburan dan habitat
suntingIa kebanyakannya ditemui di timur laut Kolombia dan utara dan tengah Venezuela. Terdapat satu rakaman dari Guyana dan dua di bahagian utara Brazil.[3][5][6]
Ia mendiami pelbagai landskap termasuklah pinggir hutan luruh dan separuh luruh, hutan galeri, hutan terbuka, dan taman pinggir bandar. Ia nampaknya menggemar kawasan yang berbukit sedikit. Dalam ketinggian, julatnya adalah antara aras laut hingga 1,000 m (3,300 ka) di Venezuela tetapi biasanya ditemui lebih rendah di Kolombia.[3]
Tingkah laku
suntingPemakanan
suntingIa meramu dengan menangkap mangsa dari tanah atau tenggeran rendah. Pemakanannya tidak dikaji secara terperinci tetapi diketahui kebanyakannya jika tidak sepenuhnya ialah serangga.[3]
Pembiakan
suntingMusim pembiakannya belum ditentukan, walaupun nampaknya berbeza di seluruh julatnya. Ia menelurkan dua biji telur sesangkak terus ke atas tanah, biasanya di bawah semak.[3]
Vokalisasi
suntingSeruannya ialah "'pik-yu, kelokok-kelokok-kelokok' dengan rani sekata", dinyanyikan dari tanah atau tenggeran rendah. Seruannya yang lain, jika ada, tidak diketahui.[3]
Status
suntingIUCN telah menilainya sebagai Kurang Membimbangkan. Ia mempunyai julat yang agak besar, dan walaupun populasinya tidak diketahui, ia dipercayai stabil. Ia nampaknya jarang ditemui di Kolombia dan jarang ditemui hingga agak kerap ditemui di Venezuela. Ia ditemui di beberapa kawasan terlindung.[1][3]
Rujukan
sunting- ^ a b BirdLife International (2016). "Todd's Nightjar Setopagis heterurus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016. Dicapai pada 8 October 2021. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "IUCN" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Gill, F.; Donsker, D.; Rasmussen, P. (July 2021). "IOC World Bird List (v 11.2)". Dicapai pada July 14, 2021.
- ^ a b c d e f g h i del Hoyo, J., N. Collar, G. M. Kirwan, and C. J. Sharpe (2020).
- ^ Remsen, J. V., Jr., J. I. Areta, E. Bonaccorso, S. Claramunt, A. Jaramillo, D. F. Lane, J. F. Pacheco, M. B. Robbins, F. G. Stiles, and K. J. Zimmer.
- ^ Milensky, C.M.; Wilkinson, F.A.; Holland, A.P. (2009). "First record of Todd's Nightjar Caprimulgus heterurus in Guyana". Bull. B.O.C. 129 (2): 119–120.
- ^ Costa, T.V.V; Stotz, D.F.; Barbosa, K.V.C.; Silveira, L.F. (2016). "First records of Todd's Nightjar (Setopagis heterura) for Brazil". Revista Brasileira de Ornitologia (dalam bahasa Portuguese). 24 (3): 290–292.CS1 maint: unrecognized language (link)
Bacaan lanjut
suntingCleere, Nigel (2010). Nightjars of the World. 9. WILDGuides. ISBN 1-903657-07-5.