Wan Ismail Wan Jusoh
Wan Ismail bin Wan Jusoh (1955-2021) ialah seorang ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Kelantan selama dua penggal iaitu 1999-2004 dan 2008-2013. Dalam parti, beliau merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Ketereh. Beliau juga dilantik sebagai Penyelia Parlimen Ketereh oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebelum jawatan tersebut dimansuhkan pada 2020[1]. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Institut Pemikiran Tok Guru, di Kelantan[2].
Wan Ismail Wan Jusoh | |
---|---|
![]() | |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Melor | |
Dalam jawatan 2008–2013 | |
Didahului oleh | Azmi Ishak |
Digantikan oleh | Md Yusnan Yusof |
Dalam jawatan 1999–2004 | |
Didahului oleh | Zainal Abidin Ab. Kadir |
Digantikan oleh | Azmi Ishak |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Wan Ismail bin Wan Jusoh 1955 |
Meninggal dunia | 26 Ogos 2021 Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai |
Parti politik | ![]() |
Keputusan pilihan raya
suntingTahun | Kawasan | Nama | Parti | Undi | Nama | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | DUN Melor | Wan Ismail Wan Jusoh | PAS | 6,847 | Zainal Abidin Ab Kadir | BN-UMNO | 4,738 | 2,109 |
2004 | DUN Melor | Wan Ismail Wan Jusoh | PAS | 6,563 | Azmi Ishak | BN-UMNO | 6,775 | 212 |
2008 | DUN Melor | Wan Ismail Wan Jusoh | PAS | 8,390 | Azmi Ishak | BN-UMNO | 6,774 | 1,616 |
2018 | Parlimen Ketereh | Wan Ismail Wan Jusoh | PAS | 20,841 | Annuar Musa | BN-UMNO | 25,467 | 4,626 |
Mohd Radzi Md Jidin | PH-PPBM | 974 |
Sakit
suntingPada Disember 2009, Wan Ismail jatuh sakit semasa mengerjakan haji di Mekah dan mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.[3]
Wan Ismail disahkan positif COVID-19 pada 3 Ogos 2021 dan ditempatkan di Hospital Ismail Petra Kuala Krai[4]. Beliau meninggal dunia pada 26 Ogos 2021 di hospital tersebut akibat COVID-19[5].
Rujukan
sunting- ^ Rosmiza Kasim (16 Disember 2020). "Pas Kelantan mansuh jawatan penyelia Parlimen, DUN". Sinar Harian. Dicapai pada 20 Ogos 2021.
- ^ "YBrs Ustaz Haji Wan Ismail Bin Wan Jusoh". IPTG. Dicapai pada 20 Ogos 2021.
- ^ "Adun Melor Kini Dirawat Di HUSM". mStar. 11 Disember 2009. Dicapai pada 20 Ogos 2021.
- ^ Keadmin (18 Ogos 2021). "Abah akan ditidurkan…". Kelantan Updates. Dicapai pada 20 Ogos 2021.
- ^ Hidayatidayu Razali (26 Ogos 2021). "Bekas ADUN Melor meninggal dunia". BHarian. Dicapai pada 26 Ogos 2021.