Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/6 Disember
6 Disember: Hari Kemerdekaan di Finland (1917); Hari Perlembagaan di Sepanyol.
- 1768 – Edisi mingguan pertama Ensiklopedia Britannica diterbitkan, di Edinburgh, Scotland.
- 1917 – Sebuah kapal di Pelabuhan Halifax yang membawa TNT dan asid pikrik terbakar dan meletup selepas berlanggar dengan sebuah kapal lain, memusnahkan Halifax, Nova Scotia, Kanada.
- 1922 – Negara Bebas Ireland diwujudkan tepat setahun selepas pemeteraian Perjanjian Inggeris-Ireland.
- 1957 – Sukarno mengusir semua rakyat Belanda dari Indonesia.
- 1992 – Masjid Babri (gambar) di Ayodhya dirobohkan oleh anggota Vishva Hindu Parishad dan kumpulan lain, yang mendakwa ia dibina di atas tempat kelahiran Rama.
Hari-hari sebelum: 5 Disember – 4 Disember – 3 Disember