Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/9 Disember
9 Disember: Hari Angkatan Tentera di Peru (1824); Hari Kemerdekaan di Tanzania (1961).
- 1897 – Pelakon pentas, wartawan dan pejuang hak mengundi untuk wanita terkenal Marguerite Durand menubuhkan akhbar kewanitaan La Fronde.
- 1941 – MS Awazisan Maru yang karam berdekatan pantai Kelantan di pantai timur Malaysia menjadi kapal Jepun pertama yang karam semasa Perang Dunia Kedua
- 1946 – Perbicaraan bagi doktor yang terlibat dalam pengujikajian manusia Nazi semasa Perang Dunia Kedua bermula di Nuremberg, Jerman.
- 1979 – Satu suruhanjaya Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesahkan pembasmian sejagat penyakit cacar (gambar virus).
- 1990 – Lech Wałęsa menjadi Presiden Poland pertama dilantik melalui pilihan raya presiden langsung.
Hari-hari sebelum: 8 Disember – 7 Disember – 6 Disember