Zakaria Nordin
Dato' Zakaria Nordin atau turut dikenali dengan gelaran Pak Ya ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan EXCO Negeri Sembilan (1999-2008) dan mantan ADUN Ampangan selama dua penggal (1999-2008).
Dato' Zakaria Nordin | |
---|---|
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Menteri Besar | Mohamad Hassan |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan untuk Ampangan | |
Dalam jawatan 1999–2008 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Bidang pengkhususan | Ahli Perniagaan |
Pendidikan
suntingSelepas mendapat diploma dalam Land Surveying dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), beliau kemudian mendapat ijazah dalam Surveying & Mapping dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam Business Administration di Northern Territory University, Australia.
Jawatan
suntingSekarang ini, selain sebagai ADUN, YB Hj Zakaria Nordin adalah setiausaha untuk Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Darul Khusus, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan, Penerangan, Belia & Sukan Negeri Sembilan. Beliau turut memegang pelbagai jawatan di sektor awam dan penduduk di kawasan beliau.