Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Hospital Tengku Permaisuri Norashikin merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Kajang, Hulu Langat, Selangor, Malaysia.
Hospital Tengku Permaisuri Norashikin | |
---|---|
![]() | |
2°59′34″N 101°47′36″E / 2.992804°N 101.793262°EKoordinat: 2°59′34″N 101°47′36″E / 2.992804°N 101.793262°E | |
Kajang, Selangor | |
Organisasi | |
Pembiayaan | Hospital kerajaan/pemerintah |
Jenis | Hospital daerah |
Perkhidmatan | |
Jabatan kecemasan | Ya |
Sejarah | |
Dibuka | 1889 |
Perangkaan | |
Katil | 306 |
Pautan luar | |
Tapak sesawang | http://hkjg.moh.gov.my/ |
![]() | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Hospital Tengku Permaisuri Norashikin mula beroperasi pada 1889. Hospital Tengku Permaisuri Norashikin terletak dalam daerah Hulu Langat dan merupakan sebuah hospital daerah. Hospital Kajang mampu menempatkan seramai 306 pesakit di wad. Ia menawarkan perkhidmatan pakar dan turut memiliki perkhidmatan Haemodialysis yang mula beroperasi pada tahun 2000.
Hospital ini telah berkembang maju selaras dengan pembangunan daerah Hulu Langat dari 250 katil pada tahun 1970-an kepada 306 katil pada masa kini. Dari segi struktur bangunan, hospital ini telah menerima bangunan tambahan peringkat demi peringkat. Dalam tahun 1910, pembinaan bangunan wad yang masih kekal sehingga kini., bangunan wad setinggi 4 tingkat pada tahun 1976.. Bangunan lain adalah blok Sajian Makanan (1983), Rumah Mayat (1985), blok Patologi (1992). Bangunan tambahan lain adalah melalui Projek Pembangunan Semula Fasa 2, Hospital Kajang telah dibiayai oleh Bank Pembangunan Asia berjumlah RM14.1 juta dan telah siap pada tahun 1999. Ianya terdiri dari Wad Bersalin Kelas 1 & 2 (22 katil), Unit Rawatan Khas Bayi (20 katil), Dewan Bedah (3 bilik), Unit Rawatan Rapi (6 Katil), Wad Kanak-Kanak (25 katil) dan blok Rehabilitasi.
Pada tahun 2009, Hospital ini telah menerima bangunan tambahan baru iaitu blok Pengimejan dan Diagnostik baru, Klinik Psikiatri dan Wad Psikitari. [1] Pada 13 Februari 2025, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Nama baru Hospital ini. [2]
Alamat
suntingHospital Tengku Permaisuri Norashikin
Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
Rujukan
sunting- ^ "Sejarah Hospital Kajang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-11. Dicapai pada 2014-11-11.
- ^ "Hospital Kajang kini dikenali Hospital Tengku Permaisuri Norashikin". Sinar Harian. 13 Februari 2025. Dicapai pada 12 Februari 2025.