Selangor

negeri Malaysia di Semenanjung Melayu

Selangor Darul Ehsan atau nama pendeknya Selangor merupakan salah sebuah negeri daripada tiga belas negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.[7] Negeri ini juga bersempadan dengan Perak di utara, Pahang di timur, Negeri Sembilan di selatan dan Selat Melaka di sebelah barat.

Selangor
Selangow, Selango
Selangor Darul Ehsan
سلاڠور دار الإحسان
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiسلاڠور‎
 • Tulisan Cina雪兰莪 (mudah)
雪蘭莪 (tradisional)
 • Tulisan Tamilசிலாங்கூர்
Cogan kata: Dipelihara Allah
Lagu: Duli Yang Maha Mulia
دولي يڠ مها موليا
   Selangor di    Malaysia
Koordinat: 3°20′N 101°30′E / 3.333°N 101.500°E / 3.333; 101.500Koordinat: 3°20′N 101°30′E / 3.333°N 101.500°E / 3.333; 101.500
Ibu negeriShah Alam
Bandar dirajaKlang
Pentadbiran
 • JenisRaja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen
 • SultanSultan Sharafuddin Idris Shah
 • Raja MudaTengku Amir Shah
 • Menteri BesarAmirudin Shari (PH-PKR)
Keluasan
 • Jumlah8,104 km2 (3,129 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah6,994,423
 • Kepadatan860/km2 (2,200/batu persegi)
DemonimOrang Selangor
Bahasa
 • RasmiBahasa Melayu
 • PertuturanBahasa Melayu SelangorMandarinTamil • Bahasa-bahasa asli
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
4xxxx, 55100 (Pandan), 63xxx (Cyberjaya), 64000 (KLIA), 53100 dan 68xxx(Gombak)[3]
Kod panggilan03[4]
Kod ISO 3166KP (MY-10, 41–44)[5]
Pendaftaran kenderaanB[6]
Laman sesawangwww.selangor.gov.my

Selangor merupakan sebuah negeri yang beriklim khatulistiwa. Kawasan tanah tingginya merupakan sebahagian daripada sistem pergunungan Banjaran Titiwangsa, dengan Gunung Semangkok sebagai puncak tertinggi.

Ibu negeri Selangor ialah Shah Alam dan merupakan bandar raya pertama di negeri ini. Bandar diraja negeri ini ialah Klang. Bandar utama yang lain ialah Petaling Jaya, yang mendapat status sebagai bandar raya kedua di negeri ini pada 20 Jun 2006. Petaling Jaya merupakan sebuah bandar satelit untuk Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada tahun 1952. Statusnya sebagai sebuah bandar pertama yang mempunyai perancangan dan kedudukan strategik antara Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang telah membuka banyak peluang pembangunan. Selangor merupakan satu daripada empat buah negeri yang mempunyai lebih daripada satu bandar raya, selain daripada Johor, Pulau Pinang dan Sarawak. Selangor juga mempunyai pembangunan yang pesat, kesan daripada pemodenan di kawasan Lembah Klang.

Negeri ini mengamalkan sistem raja berperlembagaan sejak turun-temurun dan kini di bawah naungan Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Sejak 10 Mac 2008, Pakatan Rakyat (PR) telah mengambil alih negeri ini daripada pemerintahan Barisan Nasional (BN). Dato' Menteri Besar terkini ialah Amirudin Shari yang dilantik sejak 19 Jun 2018.

Selangor juga merupakan negeri yang paling kaya di Malaysia berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita. Negeri ini juga merupakan negeri yang paling maju di Malaysia. Hal ini kerana dengan adanya infrastruktur yang terbaik seperti lebuh raya dan pengangkutan awam yang menghubungkan bandar-bandar di Selangor dengan ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur, pusat pemerintahan kerajaan pusat, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Cyberjaya. Selain itu, negeri ini juga dilihat mempunyai ciri kemajuan yang terbaik, dengan pembinaan pasaraya PKNS, Plaza Alam Sentral, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang merupakan masjid rasmi negeri Selangor, dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah kerana Baginda mahu melihat satu mercu tanda yang melambangkan Islam di negeri Selangor dapat direalisasikan dan berdiri megah di Shah Alam serta kempen 'Go Green' atau negeri tanpa plastik bagi menggalakkan rakyatnya membawa beg sendiri.

Bilangan penduduk di negeri ini juga merupakan yang paling ramai di Malaysia dengan taraf hidup yang sangat tinggi dan kadar kemiskinan di negeri ini adalah yang paling rendah di Malaysia. Selangor juga telah menyumbang lebih daripada 23% dalam sektor ekonomi di Malaysia, ini menjadikan ia sebagai negeri paling banyak memperoleh hasil di Malaysia.[perlu rujukan]

Etimologi ايتيمولوݢي

sunting

Nama negeri ini diambil daripada sebuah perkampungan di muara sungai Selangor yang kini dikenali sebagai Kuala Selangor.[8] Namun begitu, asal usul nama negeri ini tidak jelas kerana tiada perkataan yang seumpamanya wujud dalam bahasa Melayu. Para pengkaji beranggapan perkataan "Selangor" mungkin merupakan singkatan, gabungan atau perubahan yang berlaku terhadap perkataan asal menerusi peredaran masa.[8] Pelbagai teori telah dikemukakan berkenaan hal ini.

Satu pendapat mengatakan bahawa nama "Selangor" mungkin berasal dari perkataan ‘Sarang Lang’, atau dalam bahasa Melayu moden, sarang helang.[9] Pendapat lain pula mengatakan bahawa perkataan "Selangor" berasal daripada sebutan perkataan seekor langau, sejenis binatang merupai lalat berwarna hijau.[10] Nama ini diambil daripada cerita dongeng tempatan yang menceritakan kononya bahawa terdapat seorang pendekar yang datang dari Selatan berehat seketika dibawah sepohon pokok cukup diganggu oleh seekor langau.[10] Beliau cuba untuk memukul lalat tersebut beberapa kali tetapi gagal. Terdetik di dalam hati pendekar itu bagaimana seorang yang handal sepertinya tetap gagal menumpaskan seekor langau.[11] Selepas dikalahkan oleh seekor langau, beliau berhasrat untuk menetap di tempat tersebut dan menamakannya se-langau yang kemudiannya ditukarkan kepada Selangor.[8][12]

Pendapat lain pula mengatakan bahawa nama Selangor berasal daripada tumbuhan paya bakau yang dikenali oleh penduduk setempat sebagai mentangau yang memenui perkampungan Kuala Selangor.[11] Terdapat beberapa versi cerita ini tetapi semuanya berakhir dengan menamakan perkampungan yang kini dikenali sebagai Kuala Selangor sebagai Kuala Mentangau. Antara versi cerita ini ialah kisah ratusan kayu mentangau yang menyekat bahtera tentera laut Kedah daripada menakluki Selangor di muara sebuah sungai. Hal ini menyebabkan tentera Kedah tidak dapat menakluki Kuala Selangor dan menamakan sungai tersebut sebagai sungai mentangau.[10] Versi lain pula mengatakan bahawa pohon mentangau yang banyak terdapat di situ sering kali dijadikan panduan kepada pelayar ke kawasan itu. Para pelayar menggelar kawasan ini sebagai kuala mentangau.[8][11] Menerusi peredaran masa sebutan kuala mentangau berubah menjadi Kuala Selangor, tempat berakhirnya aliran Sungai Selangor.[10]

Pendapat lain pula mengatakan bahawa nama Selangor adalah berasal daripada perkataan salang dan jemur.[8] Nama ini diambil daripada satu tempat di Sungai Selangor yang dahulunya dijadikan tempat mendenda penderhaka dengan hukuman salang (palang kayu) dan kemudiannya dijemur dibawah terik matahari.[10] Hukuman “salang dan di jemur” kemudian diberikan kepada kawasan itu dengan sebutan Salang Ur yang memiliki sebutan yang hampir dengan nama Selangor.[11][12]

Di dalam bahasa Tamil, tempat ini dinamakan Salang-ur yang bererti kampung orang salang. Pendapat ini juga boleh dipadankan dengan nama asal Singapura, yang berasal dari singgah-pura atau "bandar singgah" dalam bahasa Hindu tua.[10]

Sejarah سجاره

sunting

Sejarah awal Selangor سجاره اول سلاڠور

sunting
 
Genta Klang yang ditemui di Klang

Berdasarkan kajian terutama menerusi penemuan arkeologi, perkembangan awal sejarah dan warisan budaya Selangor boleh dilihat seawal zaman Hoabinhian. Ia kemudiannya terus berkembang pada zaman Neolitik, zaman Logam dan Protosejarah.[11] Pada tahap ini, perhubungan ekonomi dan budaya masyarakat tempatannya dengan dunia luar semakin berkembang. Ini dibuktikan dengan penemuan beberapa artifak seperti gendang gangsa Dong Son di Kampung Sungai Lang, Kuala Langat dan Bukit Kuda, Klang serta tiga loceng gangsa di Klang.[11]

Rekod bertulis terawal Selangor wujud sejak abad ke-14. Menerusi Sejarah Melayu, tercatat peristiwa kunjungan Tun Jana Khatib dan tuan jajahan Buguran dan Selangor menemui Paduka Seri Maharaja, pemerintah Singapura pada abad ke-14. Laksamana Cheng Ho turut mencatatkan kedudukan Selangor dan juga Klang di dalam peta pelayarannya. Nama Klang juga disebut dalam puisi Nagara Kertagama hasil tulisan Prapanca, seorang pujangga kerajaan Majapahit pada 1365. Ini membuktikan bahawa Selangor telah dikenali ketika itu dengan Klang yang berfungsi sebagai pusat perdagangan utamanya.[11]

Sejarah Melayu turut menyatakan bahawa Klang dan beberapa petempatan lain seperti Jeram dan Jugra wujud setakat abad ke-15 dan berada di bawah pemerintahan Kesultanan Melaka.[13][11] Tun Perak telah dilantik oleh Sultan Muzaffar Shah pada 1446 sebagai penghulu Klang. Jeram pula pernah ditadbir oleh Paduka Mamat, putera Sultan Mansur Shah.[11]

Pemerintahan awal dan pengasasan kesultanan ڤمرينته اول ڤڠاساسن کسلطانن

sunting
 
Jajahan Kesultanan Melaka yang turut meliputi Selangor

Selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada 1511, kawasan Selangor masih berada di bawah jajahan Kesultanan Melaka yang berpusat di Bintan, sehinggalah pembubarannya pada 1528.[11] Selangor kemudiannya berada di bawah jajahan Kesultanan Johor-Riau yang mewarisi pemerintahan Melaka.

Pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Shah, sultan pertama Johor Lama, Kelang telah mempunyai pemerintah yang dikenali dengan gelaran Mandulika. Kemudian Dato’ Engku Kelang, anak kepada ahli keluarga Bendahara Johor dihantar untuk mentadbir Selangor.[11] Sekitar tahun 1700, Dato’ Engku Kelang; selaku wakil kerajaan Johor, melantik Arung Pasarai yang berketurunan Bugis sebagai pemerintah Selangor dengan gelaran Yamtuan. Arung Pasarai kemudiannya diganti oleh Raja Siti dan seterusnya digantikan oleh Raja Lumu.[11]

Pada abad ke-17, Johor yang telah terlibat dalam peperangan dengan Jambi, telah meminta bantuan Bugis dari Sulawesi. Setelah Johor menang, pengaruh Bugis mula berkembang di rantau ini, termasuklah Selangor. Pada asalnya terdapat sebilangan sahaja komuniti kecil masyarakat Bugis di muara sungai Selangor dan Klang, namun jumlah ini semakin bertambah menjelang tahun 1723. Antara kumpulan Bugis paling berpengaruh ialah kumpulan Opu Bugis Lima Bersaudara.[11]

Raja Lumu, putera kepada Daeng Chelak tiba di Selangor sekitar 1730-an dan kemudiannya meneruskan pemerintahan Selangor selepas kemangkatan Raja Siti dengan gelaran Tuanku Raja Selangor.[11] Kedudukan ini walau bagaimanapun tidak memberikan beliau kuasa mutlak terhadap Selangor, tetapi sekadar sebagai pemerintah di sekitar kawasan sungai Selangor. Malah, kerajaan Johor pada ketika itu masih menganggap Selangor masih di bawah jajahannya.[11]

Pada 1756, sultan Johor ketika itu, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah mengunjungi Melaka bagi menunjukkan penghargaan kepada Belanda yang membantu Sultan Mahmud menewaskan Raja Alam di Siak. Beliau juga menandatangani perjanjian yang memberikan hak kepada Belanda ke atas bijih timah di Selangor (Kuala Selangor), Klang dan Linggi.[11] Sultan Sulaiman juga mengutus surat kepada Daeng Kemboja di Linggi, Raja Tua di Klang dan Raja Lumu di Kuala Selangor supaya mereka menerima perjanjian yang telah dibuat dengan Belanda. Ketiga-tiga pemerintah tidak mengiktiraf perjanjian itu.[11]

Berikutan itu, Raja Lumu cuba mendapatkan pengiktirafan dari Kesultanan Perak bagi membebaskan Selangor dari sebarang tuntutan dari kerajaan Johor. Pada 1766, Raja Lumu ditabalkan sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Selangor oleh sultan Perak, Sultan Mahmud (atau Raja Kimas) di Kota Lumut dengan gelaran Sultan Salehuddin dan menamakan jajahan takluk pemerintahannya Selangor. Baginda dianugerahkan nobat dan cap mohor oleh Sultan Perak dan bermulalah sejarah baru buat Selangor sebagai sebuah kerajaan berdaulat.[11]

Bermula abad ke-19, kegiatan perlombongan bijih timah semakin pesat di Selangor, mengembangkan lagi ekonominya. Hal ini mewujudkan persaingan antara puak Melayu dalam menguasai perlombongan ini. Pada tahun 1867, satu perang saudara telah tercetus di Selangor, terutamanya di Kelang antara puak-puak orang Melayu. Peperangan ini tercetus setelah Sultan melantik Raja Abdullah sebagai pemerintah Kelang, dan perlantikan ini ditentang oleh Raja Mahadi yang merupakan anak kepada pemerintah sebelumnya. Peperangan ini juga melibatkan puak Cina yang bersekutu dengan para pembesar Selangor, di mana kehadiran mereka ditarik oleh aktiviti perlombongan bijih timah yang semakin pesat. Konflik permusuhan ini dan masalah serangan lanun di perairan Selangor telah menarik campur tangan British dalam hal pentadbiran Selangor.

Zaman kolonial زمان کولونيال

sunting
 
Selangor di bawah pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Pada tahun 1874, Sultan Abdul Samad telah menerima seorang Residen British bagi menjalankan pentadbiran, sementara jawatan Baginda sebagai sultan dikekalkan. Pada tahun 1877, di bawah pentadbiran British, sebuah Majlis Mesyuarat Negeri yang dianggotai oleh Sultan, Residen dan pembesar negeri telah ditubuhkan. Sultan Abdul Samad membentuk Majlis Mesyuarat Negeri berdasarkan kaedah barat dan mengikut panduan Residen Inggeris pada masa itu, Bloomfield Douglas.[11] Majlis ini bersidang buat pertama kalinya di Klang pada 11 Jun 1877 dan persidangan kali kedua telah diadakan pada 25 Jun 1877. Pada Mac 1880, pusat pemerintahan Selangor telah dipindahkan dari Klang ke Kuala Lumpur. Pemindahan ini menyaksikan kuasa pentadbiran pembesar Melayu mula diambil alih oleh pegawai Inggeris khasnya Residen British di Selangor.[11]

Pada 1 Julai 1896, Selangor bersama-sama Perak, Negeri Sembilan dan Pahang telah digabungkan untuk membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang ditadbir seorang Residen Jeneral. Walau bagaimanapun, Majlis Mesyuarat Negeri masih terus berjalan di keempat-empat negeri tersebut.[11] Pada tahun 1909, Majlis Persekutuan telah dibentuk dan dianggotai oleh keempat-empat Sultan negeri tersebut, empat Residen negeri, empat anggota tidak rasmi dan Residen Jeneral. Dalam majlis ini, Sultan tidak memiliki sebarang kuasa melainkan hanya menasihati pegawai Inggeris dalam beberapa perkara khususnya berhubung adat istiadat Melayu dan agama Islam.[11] Pada tahun 1927, Sultan Selangor bersama Sultan-Sultan lain telah keluar dari majlis tersebut. Berikutan itu, pihak Inggeris telah mengambil langkah menambah lagi kuasa Majlis Mesyuarat Negeri dalam bidang pentadbiran dan menambah anggota tempatan.[11]

Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu ini berterusan sehingga ke tahun 1941 apabila Jepun menyerang Tanah Melayu. Tentera Jepun berjaya menawan Kuala Lumpur pada 13 Januari 1941, sekaligus menawan keseluruhan Selangor. Sebelum penawanan Kuala Lumpur, British telah membina kubu pertahanan di Ulu Selangor bagi menghalang kemaraan Jepun, namun gagal. Apabila Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, Selangor diletakkan di bawah pemerintahan Pentadbiran Tentera British (BMA) dari September 1945 hingga awal 1946.[11]

British kemudiannya telah mengemukakan gagasan Malayan Union yang menerima tentangan hebat daripada masyarakat Melayu. Ia kemudiannya dimansuhkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948, yang terdiri daripada Selangor dan negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Pembentukan ini merupakan langkah pertama kepada kemerdekaan.[11] Pada 31 Ogos 1957, Selangor secara rasminya telah mencapai kemerdekaan sebagai ahli Persekutuan Tanah Melayu. Pengisytiharan kemerdekaan telah dilangsungkan di Padang Kelab Selangor.

Pasca kemerdekaan ڤسچا کمرديکاءن

sunting

Pada 16 September 1963, Selangor kemudiannya telah menjadi ahli Persekutuan Malaysia yang dibentuk setelah Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu. Kuala Lumpur yang pada asalnya berada di bawah wilayah Selangor terus menjadi ibu negeri Selangor dan pusat pentadbiran bagi Malaysia.

Pada 1 Februari 1974, kerajaan Negeri Selangor telah menyerahkan Kuala Lumpur kepada kerajaan Persekutuan dalam satu perjanjian bagi menubuhkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.[11] Berikutan dengan itu, sebuah kawasan yang meliputi Sungai Renggam dan kawasan perladangan Batu Tiga telah dipilih bagi dibangunkan sebagai ibu negeri Selangor yang baharu, menggantikan Kuala Lumpur. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berkenan menamakannya Shah Alam sempena nama ayahanda baginda, Sultan Hisamuddin Alam Shah.[11]

Pada tahun 2001, Selangor telah menyerahkan kawasan yang dikenali sebagai Prang Besar kepada kerajaan Persekutuan bagi membangunkan sebuah bandar baharu yang dirancang untuk menjadi pusat pentadbiran baharu bagi Malaysia. Bandar ini seterusnya dikenali sebagai Putrajaya dan dijadikan Wilayah Persekutuan ketiga Malaysia.[11]

Geografi ݢيوݢرافي

sunting
 
Pemandangan bandar Batang Kali dan Banjaran Titiwangsa.
 
Muara Sungai Langat dan perairan Selat Melaka dilihat dari Jugra.

Selangor terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan dianggarkan berkeluasan 8,104 kilometer persegi. Selangor bersempadanan dengan negeri Perak di utara, negeri Pahang di timur, Negeri Sembilan di selatan dan mengelilingi dua Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya. Di baratnya merupakan perairan Selat Melaka dengan garis pantai dianggarkan sepanjang 492.1 kilometer.

Topografi Selangor secara umumnya adalah landai di sebelah barat, dan bergunung-ganang di sebelah timur dan tenggara, disebabkan kedudukannya yang terletak antara Banjaran Titiwangsa dan Selat Melaka. Puncak tertinggi negeri Selangor terletak di Gunung Semangkok yang berketinggian 1,830 meter. Banjaran Titiwangsa bertindak sebagai sempadan semulajadi yang memisahkan negeri tersebut dengan negeri Pahang di timur dan sebahagian Negeri Sembilan, terutamanya daerah Jelebu di tenggara. Dari banjaran itu terbitnya empat batang sungai utama di negeri tersebut, iaitu Sungai Bernam di sepanjang sempadan dengan Perak, Sungai Selangor di daerah-daerah Hulu Selangor dan Kuala Selangor, Sungai Klang di sekitar Lembah Klang dan Sungai Langat di daerah-daerah Hulu Langat dan Kuala Langat. Sungai Sepang membentuk sempadan semulajadi antara negeri tersebut dengan Negeri Sembilan, terutamanya daerah Port Dickson.

Di sepanjang kawasan perairan negeri Selangor terdapat sebanyak 25 buah pulau. Pulau Carey merupakan pulau terbesar di negeri ini dengan keluasan 160.9 kilometer persegi. Antara pulau yang lain termasuklah Pulau Indah, Pulau Ketam dan Pulau Klang.

Flora dan fauna

sunting

Selangor mempunyai hutan simpan kekal seluas 250,129 hektar atau 32 peratus daripada jumlah keluasan negeri, dengan 82,890 hektar daripadanya merupakan hutan paya gambut. Hutan paya bakau seluas 18,998 hektar turut memenuhi kawasan pantai negeri ini.[14][15] Hutan simpan di Selangor berada di bawah seliaan jabatan perhutanan negeri, selari dengan Perlembagaan yang meletakkan sektor perhutanan di bawah tanggungjawab negeri.[16]

Selangor juga telah mewartakan beberapa kawasan sebagai kawasan perlindungan bagi memelihara biodiversiti dan hidupan liar. Antaranya termasuklah kawasan Rizab Hidupan Liar Sungai Dusun yang ditubuhkan bagi melindungi badak sumatera yang diancam kepupusan.[17] Negeri ini turut mempunyai beberapa pusat ekopelancongan, seperti Paya Indah Wetlands yang menjadi kawasan perlindungan bagi burung migrasi dan tempatan, badak air dan buaya.

Seperti negeri di Malaysia yang lain, Selangor mengalami iklim khatulistiwa yang bersempadan dengan iklim monsun tropika. Keadaan iklim di negeri ini juga sangat dipengaruhi oleh keadaan laut dan kejadian sistem angin. Negeri ini turut mempunyai purata suhu dan hujan yang tinggi.

Data iklim untuk Selangor (LTSAAS) pada 2017
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 34
(93)
35
(95)
36
(97)
36
(97)
36
(97)
37
(99)
36
(97)
36
(97)
32
(90)
32
(90)
30
(86)
31
(88)
34
(94)
Purata suhu harian, °C (°F) 31
(88)
32
(90)
32
(90)
33
(91)
33
(91)
34
(93)
33
(91)
33
(91)
30
(86)
30
(86)
28
(82)
29
(84)
32
(89)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 26
(79)
26
(79)
27
(81)
27
(81)
28
(82)
27
(81)
27
(81)
27
(81)
26
(79)
26
(79)
26
(79)
25
(77)
27
(80)
Purata curahan hujan, mm (inci) 482.5
(19.00)
296.2
(11.66)
307.7
(12.11)
289.0
(11.38)
232.2
(9.14)
127.1
(5.00)
127.4
(5.02)
213.8
(8.42)
232.7
(9.16)
102.2
(4.02)
366.7
(14.44)
319.9
(12.59)
3,097.4
(121.94)
Purata bilangan hari hujan (≥ 1.0mm) 28 28 31 27 31 24 29 31 24 21 30 31 335
Purata kelembapan relatif (%) (daily average) 78 78 77 76 75 72 71 74 75 72 82 79 76
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 236.5 255.0 290.0 271.0 280.5 266.5 283.5 277.0 268.5 266.0 163.0 225.0 3,082.5
Sumber: [18]

Demografi ديموݢرافي

sunting

Selangor ialah negeri yang paling ramai penduduk di Malaysia; disumbangkan oleh bandar gabungan terbesar negara, Lembah Klang. Kedudukan geografi Selangor di tengah Semenanjung Malaysia menyumbang kepada pembangunan pesat negeri sebagai pusat ekonomi dan pengangkutan Malaysia. Pembangunan yang pesat ini menyumbang kepada penciptaan jutaan pekerjaan, menarik pekerja migran daripada negeri lain dan juga daripada negara-negara berdekatan seperti Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan dan China. Negeri Selangor juga telah menerima kemasukan banyak pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja sebagai tenaga buruh di Malaysia.

Populasi Selangor semakin meningkat dengan kadar yang pesat dalam beberapa tahun, disebabkan oleh pembangunan pesat yang berlaku di Lembah Klang. Mengikut statistik daripada Jabatan Statistik Malaysia, jumlah penduduk di negeri Selangor adalah 6.39 juta orang pada tahun 2017[19], menjadikan negeri paling tinggi taburan penduduk di Malaysia dimana 19.9% penduduk Malaysia tinggal di dalam negeri Selangor [20]. Mengikut statistik yang sama, populasi Selangor meningkat pada kadar 1.4% pada tahun 2016 - 2017[21]. Pada tahun 2016, net migrasi Selangor telah diunjurkan kepada 19,400 orang, menjadikan negeri Selangor negeri pilihan migran antaranegeri[22]. Secara purata, Selangor mempunyai 674 penduduk setiap km², menjadikannya negeri ketiga terpadat di Malaysia, selepas Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang [21].

Kaum/ Etnik Populasi
2010[23] 2020[24]
Bumiputera 2,887,254 52.48% 3,895,880 60.6%
Cina 1,441,774 28.6% 1,756,181 27.3%
India 679,130 13.5% 726,017 11.3%
Lain-lain 42,163 0.8% 52,357 0.8%
Jumlah Warganegara 5,040,321 92.20% 6,430,435 91.9%
Bukan Warganegara 421,820 7.80% 563,988 8.1%
Jumlah 5,482,141 100.00% 6,994,423 100.00%

Pada tahun 2016, kadar kelahiran penduduk Selangor adalah 16.6 orang lahir setiap 1,000 orang dan kadar kematian penduduk Selangor adalah 4.1 kematian setiap 1,000 orang. Kadar kelahiran telah menurun sejak tahun 2014 iaitu 18.0 (2014) kepada 16.6 (2016) setiap 1,000 orang. Kadar kematian pula telah dicatatkan meningkat sejak tahun 2013 iaitu 3.7 (2013) kepada 4.1 (201) setiap 1,000 orang. Jumlah kadar kesuburan di Selangor kekal dibawah tahap mampan pada 1.7 bayi pada tahun 2016. Kadar ini telah menurun 0.1 berbanding tahun lepas[19].

Populasi Selangor tertumpu di Lembah Klang dimana majoriti penduduk Selangor tinggal. Hampir 91.4 peratus penduduk tinggal di bandar.[19] Shah Alam merupakan ibu negeri dan bandaraya kedua terbesar di Selangor selepas Petaling Jaya dengan jumlah penduduk sebanyak 541,306 penduduk [25]. Bandaraya Klang dengan jumlah penduduk sebanyak 276,729 orang pula dijadikan bandar diraja Selangor dimana Istana Alam Shah terletak [25].

Agama اݢام

sunting
Kepercayaan Masyarakat Selangor - Bancian 2020 [24]
Agama Peratusan
Islam
  
61.1%
Buddha
  
31.6%
Hinduisme
  
10.3%
Kristian
  
4.9%
Tidak diketahui
  
0.8%
Lain-lain
  
1.2%

Mengikut bancian tahun 2020, peratusan jumlah penganut agama di negeri Selangor adalah 61.1% Islam, 31.6% Buddha, 10.3% Hindu, 4.9% Kristian, 0.8% kepercayaan tidak diketahui dan 1.2% beragama lain.[24]

Bahasa بهاس

sunting

Majoriti orang Selangor menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Malah orang Melayu berketurunan kepulauan Melayu seperti Banjar, Jawa, Bugis dan lain-lain yang dipertuturkan bahasa berketurunan di mana-mana sebahagian di Selangor. Bahasa Melayu Selangor pun ada dialek sendiri.. Menurut Prof. Emeritus Dato’ Asmah Haji Omar(1985) beliau menggunakan kajian fonologi iaitu penyebutan huruf dan pola bunyi sesuatu perkataan dalam subdialek Selangor Barat dan Subdialek Kuala Lumpur.Huruf “A” jadi “E” contoh saya jadi “saye” sama seperti Johor. Huruf “H” tidak akan disebut dalam Subdialek Selangor Barat contoh: Hijau jadi “ijau”namun subdialek Kuala Lumpur masih menggunakan Bahasa Melayu Malaysia. Huruf “U”menggantikan dengan “O” tetapi huruf di hujung tidak akan disebut contoh: Peluh jadi “Pelo”, tujuh jadi “tujo” dan jatuh jadi “jato” dalam subdialek Selangor Barat. Seterusnya huruf “R” menjadi “W” seperti dialek Melaka contoh: Besar jadi “Besaw” dalam subdialek Selangor Barat. Tambahan lagi dalam subdialek Kuala Lumpur huruf “R” akan dibuang seperti dialek Johor contoh: Besar jadi “Besa”.

Kerajaan کراجاءن

sunting

Negeri Selangor mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Sultan negeri ini merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Sejak tahun 2001, gelaran Sultan telah dipegang oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dimiliki oleh Dewan Negeri Selangor. Dewan ini melantik ahli Dewan untuk membentuk Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).

EXCO, yang diketuai oleh Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari dari Pakatan Harapan (PH) sejak 19 Jun 2018, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan.

Agensi kerajaan negeri اݢينسي کراجاءن نݢري

sunting
  1. Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Selangor
  2. Pejabat Tanah dan Galian Selangor
  3. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor
  4. Perbendaharaan Negeri Selangor
  5. Jabatan Agama Islam Selangor
  6. Jabatan Mufti Negeri Selangor
  7. Jabatan Kehakiman Syariah Selangor
  8. Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor
  9. Jabatan Perhutanan Selangor
  10. Jabatan Pertanian Selangor
  11. Jabatan Kerja Raya Selangor
  12. Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor
  13. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor
  14. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor
  1. Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor
  2. Lembaga Muzium Selangor
  3. Lembaga Urus Air Selangor
  4. Lembaga Zakat Selangor
  5. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor
  6. Majlis Agama Islam Selangor
  7. Majlis Sukan Negeri Selangor
  8. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
  9. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor
  10. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
  11. Selcat

Daerah dan mukim داءيره دان مقيم

sunting

Negeri Selangor terbahagi kepada 9 daerah iaitu :-

Daerah Mukim
Gombak ڭومبق Batu باتو
Hulu Klang هولو كلڠ
Rawang راوڠ
Setapak ستاڤق
Hulu Langat هولو لاڠت Beranang برانڠ
Cheras چراس
Ampang امڨڠ
Hulu Langat هولو لاڠت
Hulu Semenyih هولو سمڽيه
Kajang كاجڠ
Semenyih سمڽيه
Hulu Selangor هولو سلاڠور Batang Kali باتڠ كالي
Buloh Telor بولوه تلور
Ampang Pechah امڤڠ ڤچه
Hulu Bernam هولو برڽم
Hulu Yam هولو يام
Kalumpang کالومڤڠ
Kerling کرليڠ
Kuala Kalumpang کوالا کالومڤڠ
Peretak ڤرتاق
Rasa راس
Serendah سرنده
Sungai Gumut سوڠاي ݢوموت
Sungai Tinggi سوڠاي تيڠݢي
Kuala Langat كوالا لاڠت Bandar بندر
Batu باتو
Jugra جوݢرا
Kelanang کلانڠ
Morib موريب
Tanjong Duabelas تنجوڠ دوابلس
Telok Panglima Garang تلوق ڨڠليما ڭارڠ
Klang كلڠ Kapar كاڨر
Klang كلڠ
Kuala Selangor كوالا سلاڠور Api-Api اڨي-اڨي
Ujong Permatang اوجوڠ ڤرماتڠ
Hulu Tinggi اولو تيڠݢي
Ijok ايجوق
Jeram جرام
Kuala Selangor كوالا سلاڠور
Pasangan ڤاسڠن
Tanjong Karang تنجوڠ كارڠ
Bestari Jaya بستاري جاي
Petaling ڨتاليڠ Bukit Raja بوکيت راج
Damansara دمنسارا
Petaling ڤتاليڠ
Sungai Buloh سوڠاي بولوه
Sabak Bernam سابق برنم Bagan Nakhoda Omar باڭن ناخودا عومر
Panchang Bedena ڨنچڠ بدنا
Pasir Panjang ڨاسير ڨنجڠ
Sabak سابق
Sungai Panjang سوڠاي ڤنجڠ
Sepang سڨڠ Dengkil دڠكيل
Labu لابو
Sepang سڤڠ

Pihak berkuasa tempatan

sunting

Negeri Selangor ditadbir dan dikelola oleh

  1. Majlis Perbandaran Selayang
  2. Majlis Perbandaran Sepang
  3. Majlis Perbandaran Hulu Selangor
  4. Majlis Perbandaran Kajang
  5. Majlis Perbandaran Kuala Langat
  6. Majlis Perbandaran Kuala Selangor
  7. Majlis Perbandaran Ampang Jaya
  8. Majlis Bandaraya Shah Alam
  9. Majlis Bandaraya Diraja Klang
  10. Majlis Bandaraya Petaling Jaya
  11. Majlis Bandaraya Subang Jaya
  12. Majlis Daerah Sabak Bernam

Ekonomi ايکونومي

sunting

Pada 27 Ogos 2005, kerajaan Negeri Selangor mengisytiharkan Selangor sebagai negeri berstatus maju yang pertama di Malaysia.[26][27] Negeri Selangor memiliki sebuah pasaran ekonomi yang maju dan terbuka dengan KDNK per kapita (PPP) yang tertinggi di Malaysia iaitu sekitar US$33,147 pada tahun 2008, setanding dengan nilai per kapita negara Eropah Barat dan Hong Kong. Bidang eksport, perindustrian, pertanian dan perkhidmatan merupakan aspek-aspek terpenting dalam ekonomi negeri Selangor.

Perindustrian dan perdagangan ڤرايندوسترين دان ڤرداݢڠن

sunting
 
Kawasan Perindustrian Bukit Raja Selatan di Shah Alam.

Sektor perindustian merupakan penyumbang utama terhadap kerancakan ekonomi negeri iaitu menyumbang lebih 58% dalam KDNK negeri pada tahun 2008, malah ia merupakan nadi ekonomi Negara. Selangor mempunyai sektor pembuatan seperti elektronik, bahan kimia dan kenderaan automotif yang terbesar di Malaysia, seperti kereta Proton dan Perodua. Kereta import juga beroperasi di negeri ini seperti Toyota, Nissan, Volkswagen, Ford, Volvo, BMW dan banyak lagi. Banyak kilang-kilang dari luar negara yang bertapak di negeri ini antaranya Panasonic dari Jepun, Procter & Gamble dari Amerika Syarikat, Unilever dari Belanda, Nokia dari Sweden dan banyak lagi. Antara kawasan perindustrian yang terkenal ialah di Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Kajang, Rawang, Serendah (Kilang Perodua), Selayang, Ampang Jaya dan Petaling Jaya.

Pelabuhan Klang yang merupakan faktor utama kemajuan perindustrian di Selangor, pelabuhan ini juga merupakan pelabuhan yang tersibuk dan terpenting di Malaysia. Negeri Selangor juga menjadi tarikan utama pelabur asing dari luar negara.

Pertanian ڤرتانين

sunting

Selain terkenal dengan perindustrian dan pelabuhan, bidang pertanian juga semakin berkembang maju walaupun hanya menyumbang 3.1% kepada KDNK negeri. Antara kejayaan yang telah dikecapi adalah seperti Selangor Fruit Valley merupakan pengeluar buah-buahan tropika terbesar dunia seperti belimbing, betik dan pisang. Begitu juga dengan sawah padi di Sabak Bernam dan Kuala Selangor yang diurus secara estet dengan kaedah pengairan serta penanaman moden, berjaya mengeluarkan hasil purata sehektar tertinggi di negara ini iaitu lebih 7 tan sehektar. Aktiviti pertanian kelapa sawit dan getah juga dijalankan di negeri ini.

Perkhidmatan ڤرخدمتن

sunting

Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang kedua terbesar terhadap KDNK negeri iaitu sebanyak 38%.

Makanan ماکنن

sunting

Masakan di Selangor kebanyakannya daripada masakan Melayu yang selalu didengari oleh penduduk Malaysia. Oleh kerana pembangunan yang pesat di sini, banyak kedai makanan yang menghidangkan masakan Melayu mengikut negeri masing-masing 𝗒𝖺𝗇𝗀 terdapat di sini seperti masakan Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan bermacam-macam lagi. [Masakan tradisional Melayu di Selangor telah menerima pengaruh dari Bugis, Jawa dan Minangkabau. Namun sedemikian, makanan-makanan ini tidak seberapa pengaruh di sini. 𝖭𝖺𝗆𝗎𝗇, ia hanya berpengaruh di Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Rojak Klang, lontong Klang dan mi bandung Selangor pula berasal dari Klang dan Shah Alam. Hidangan lain yang terkenal termasuklah Nasi Lemak, Mee Jawa, Sate Kajang, Nasi Ambeng, Laksa Selangor, Soto (Soto Nasi Himpit dan Mee Soto), Sambal Tahun, Ikan Bakar Bakso, Ketam Darul Ehsan, Ikan Masak Asam Pedas, Ayam Masak Kicap, Sayur Masak Rebung dan Mentarang Bakar.

Selain itu, Nasi Lemak merupakan makanan tradisi orang Selangor. Mengikut asal usul, Nasi lemak sebenarnya berasal dari Negeri Selangor, dicatat di dalam buku resipi Melayu Selangor seawal awal kurun ke-20, malah juga pernah diakui melalui buku catatan Richard Olof Windstet (seorang pengkaji budaya British India dan British Malaya berbangsa Inggeris) The Instansec of Malay Life pada tahun 1909 melalui pemerhatiannya di Kuala Lumpur. Nasi Lemak sebenarnya di masa lalu bukanlah sarapan rasmi negara sebagaimana hari ini, ia biasanya dibekalkan kepada petani dan pekerja kasar yang keluar bekerja selepas subuh. Kandungan Karbohidrat, lemak dan kalori yang tinggi membantu pekerja mendapat tenaga yang secukupnya.

Sesuai dengan perkembangan zaman, Nasi Lemak menjadi semakin popular apabila semakin ramai penghijrah-hijrah datang ke Selangor dan membawa pulang resipi juadah istimewa ini ke tempat masing-masing, sekaligus melahirkan berbagai variannya di seluruh Malaysia.

Media ميديا

sunting

Televisyen تيليۏيشن

sunting
 
Media Prima

Saluran televisyen di Selangor terbahagi kepada tujuh stesen siaran percuma, satu rangkaian televisyen satelit dan dua perkhidmatan televisyen internet. Tiga daripada tujuh siaran percuma dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia, yang dimiliki oleh syarikat media kerajaan persekutuan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, manakala empat stesen komersial yang lain dimiliki oleh Media Prima, sebuah syarikat media bersepadu yang beribu pejabat di Bandar Utama, Selangor. Perkhidmatan televisyen satelit yang dimiliki oleh Astro All Asia Networks dan ia boleh didapati di seluruh negara. Sebuah perkhidmatan televisyen internet dimiliki oleh kerajaan negeri Selangor.

Siaran percuma سيارن ڤرچوما
  • Sarawak Media Group

Televisyen satelit

  • Astro (Astro Malaysia Holdings)
Televisyen internet تيليۏيشن اينترنيت

Radio راديو

sunting

Stesen radio di Selangor boleh didapati di frekuensi FM dan dihantar dari Gunung Ulu Kali, Selangor.

Stesen radio komersial yang terdapat di Selangor termasuklah Era (103.3), Sinar FM (96.7), Melody (103.0), Hot FM (97.6), Suria (105.3), Best FM (104.1), Hitz (92.9), Mix (94.5), Lite (105.7), Zayan (104.9), Fly FM (95.8), BFM (89.9), goXuan (88.9), 988 FM (98.8), MY (101.8), 8FM (88.1), Buletin FM (101.3) dan Raaga (99.3). Stesen radio komersial yang dikendalikan oleh beberapa buah syarikat media seperti Astro Radio, Star Media Radio Group, Media Prima Audio, Suara Johor Sdn Bhd dan BFM Media.

Stesen radio komuniti tempatan termasuk UFM (93.6) yang dikendalikan oleh Universiti Teknologi MARA (hanya terdapat di Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya), dan Putra FM (90.7) dikendalikan oleh Universiti Putra Malaysia (hanya terdapat di Serdang dan Seri Kembangan) yang mensasarkan pelajar universiti.

Sembilan buah rangkaian radio yang sedia ada Radio Televisyen Malaysia (RTM) seperti Klasik Nasional (98.3), Muzik FM (95.3), Ai FM (106.7), Traxx FM (100.1), Minnal FM (96.3), Asyik FM (102.5), Selangor FM (100.9), KLFM (97.2) dan Pahang FM (107.5). Terdapat tiga stesen radio khusus juga, iaitu IKIM.fm (91.5) dikendalikan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Salam FM (102.5) dikendalikan oleh JAKIM, dan Radio24 (93.9) dikendalikan oleh BERNAMA. Daerah di Selangor yang bersempadan dengan negeri lain juga turut menerima dua buah stesen radio dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) seperti; Perak FM (89.6 MHz/95.6 MHz; sempadan Selangor-Perak) dan Negeri FM (92.6 MHz; sempadan Selangor-Negeri Sembilan).

Menara Kuala Lumpur

sunting
Nama stesen radio Pemilik Frekuensi
Radio Klasik Radio Televisyen Malaysia 87.7 MHz
Nasional FM 88.5 MHz
Ai FM 89.3 MHz
Traxx FM 90.3 MHz
Asyik FM 91.1 MHz
Minnal FM 92.3 MHz
Bernama Radio Pertubuhan Berita Nasional Malaysia 93.9 MHz
KL FM Radio Televisyen Malaysia 97.2 MHz

Bukit Sungai Besi

sunting
Nama stesen radio Pemilik Frekuensi
Kool 101 Media Prima Audio 101.3 MHz
Rakita Impact Malaysia (Radio Kita Sdn. Bhd.) 107.9 MHz

Gunung Ulu Kali

sunting
Nama stesen radio Pemilik Frekuensi
8FM Media Prima Audio 88.1 MHz
Fly FM 95.8 MHz
Hot FM 97.6 MHz
goXuan Astro Radio 88.9 MHz
Hitz 92.9 MHz
Mix 94.5 MHz
Sinar 96.7 MHz
Raaga 99.3 MHz
My 101.8 MHz
Melody 103.0 MHz
Era 103.3 MHz
Zayan 104.9 MHz
Lite 105.7 MHz
IKIMfm Institut Kefahaman Islam Malaysia 91.5 MHz
988 Star Media Radio Group 98.8 MHz
Suria 105.3 MHz
BFM 89.9 89.9 MHz
Nasional FM Radio Televisyen Malaysia 95.3 MHz
Minnal FM 96.3 MHz
Radio Klasik 98.3 MHz
Traxx FM 100.1 MHz
Selangor FM 100.9 MHz
Asyik FM 102.5 MHz
Ai FM 106.7 MHz
Pahang FM 107.5 MHz

Bukit Asa

sunting
Nama stesen Pemilik Frekuensi
Perak FM Radio Televisyen Malaysia 89.6 MHz

Akhbar اخبار

sunting
 
Akhbar The Star

Akhbar-akhbar utama di Selangor ialah:

Penduduk terkenal ڤندودوق ترکنل

sunting

Lihat juga ليهت جوݢ

sunting

Nota kaki نوتا کاکي

sunting
  1. ^ http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf
  2. ^ "General Information". Centre for public policies studies. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 October 2015. Dicapai pada 30 October 2018. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "Selangor Postal Codes:Malaysia". Dicapai pada 30 October 2018. Text "worldpostalcode.com" ignored (bantuan)
  4. ^ "Selangor Area code". telcode.info. Dicapai pada 30 October 2018.
  5. ^ "State Code". Malaysian National Registration Department. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 May 2017. Dicapai pada 30 October 2018. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ Soon, Teh Wei (23 March 2015). "Some Little Known Facts On Malaysian Vehicle Registration Plates". Malaysian Digest. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2015. Dicapai pada 8 July 2015.
  7. ^ Peta negeri Selangor
  8. ^ a b c d e https://says.com/my/lifestyle/the-origins-of-state-names-in-malaysia
  9. ^ https://www.yellowpages.my/article/stately-etymology-origin-of-state-names-in-malaysia.html
  10. ^ a b c d e f http://www.mdks.gov.my/ms/pelawat/info-kuala-selangor/page/0/2
  11. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa ab https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/124
  12. ^ a b "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-06. Dicapai pada 2018-10-30.
  13. ^ Adil, Haji Buyong (1971). Sejarah Selangor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 4.
  14. ^ "Kawasan Hutan Simpanan kekal di Semenanjung Malaysia". data.gov.my. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Julai 2018. Dicapai pada 16 Julai 2018.
  15. ^ "JPSM Annual Report 2016 - page 99". www.forestry.gov.my. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Dicapai pada 17 Julai 2018.
  16. ^ "Akta Perhutanan Negara 1984". www.forestry.gov.my. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Dicapai pada 17 Julai 2018.
  17. ^ "Sungai Dusun Wildlife Reserve, Selangor". www.wildlife.gov.my. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia. Dicapai pada 17 Julai 2018.
  18. ^ "Selangor Monthly Climate Averages". World Weather Online. Dicapai pada 5 July 2018.
  19. ^ a b c https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cone&menu_id=eGUyTm9RcEVZSllmYW45dmpnZHh4dz09
  20. ^ https://selangorkini.my/en/2016/07/selangor-catat-peratusan-penduduk-tertinggi-negara/
  21. ^ a b https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/ctheme&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09&bul_id=MDMxdHZjWTk1SjFzTzNkRXYzcVZjdz09
  22. ^ https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=125&bul_id=RldLdXFnQUppeGM5Yk1HODlTMVl6UT09&menu_id=U3VPMldoYUxzVzFaYmNkWXZteGduZz09
  23. ^ "2010 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. m/s. 94. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 February 2013.
  24. ^ a b c "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan 2020". Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 3 September 2022.
  25. ^ a b https://web.archive.org/web/20150205090002/http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/population/03ringkasan_kawasan_PBT_Jadual1.pdf
  26. ^ https://www.thestar.com.my/news/community/2005/08/19/briefing-on/
  27. ^ http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/124

Pautan luar ڤاءوتن لوار

sunting