Hulu Semenyih

(Dilencongkan daripada Mukim Ulu Semenyih)

Mukim Hulu Semenyih atau Ulu Semenyih merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Selangor.

Mukim Ulu Semenyih
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahDaerah Ulu Langat
MukimMukim Ulu Semenyih
KeluasanN/A

Lokasi

sunting

Mukim Hulu Semenyih terletak dalam daerah Hulu Langat, negeri Selangor, negara Malaysia. Mukim ini bersempadan dengan mukim Semenyih di selatan, mukim Ulu Langat di sebelah barat laut, dan mukim Kenaboi, Negeri Sembilan di sebelah timur.

Tunjuk jalan

sunting

Laluan akses utama Hulu Semenyih ialah B19 Jalan Sungai Lalang, yang menyambungkan sebahagian besar Hulu Semenyih dengan Semenyih. Jalan ini bersambung dengan Jalan Semenyih, sebuah jalan utama di Semenyih yang merupakan sebahagian daripada Laluan Persekutuan Malaysia 1.

Laluan sampingan yang menghala ke kawasan ini ialah B32 Jalan Semenyih-Kuala Klawang yang menyambungkan Hulu Semenyih di Selangor dengan Kuala Klawang di Negeri Sembilan, 31 Jalan Sungai Tekali yang menyambungkan Hulu Semenyih dengan pekan Hulu Langat, dan 22 Jalan Sungai Lui yang menyambungkan Hulu Semenyih dengan Kampung Jawa, Hulu Langat.

Mukim Hulu Semenyih ini terdiri daripada 4 kampung utama iaitu Kampung Pasir Baru, Kampung Sungai Pening dan Kampung Orang Asli Donglai.

Sejarah

sunting

Sebelum 2 November 1952, mukim Semenyih mempunyai perkampungan setinggan orang Cina yang dinamakan Kachau atau Kampung Kachau. Tetapi apabila mereka bersimpati dan menunjukkan sokongan kepada pengganas komunis, kampung ini telah dibakar. Semua setinggan dan penduduk Cina yang tinggal di tepi hutan telah dikumpul dan dipindahkan ke Kampung Baru Semenyih, Sungai Chua dan ke Kluang di Johor.

Keistimewaan

sunting

Oleh sebab kelestarian alam dan ciri muka bumi Hulu Semenyih yang berbukit tinggi, Jalan Semenyih-Kuala Klawang yang melalui Genting Peras di sempadan Selangor-Negeri Sembilan menjadi tumpuan utama untuk pengayuh basikal[1] serta konvoi-konvoi kereta dan motosikal.

Hulu Sungai Semenyih telah diempang pada tahun 1984 untuk dijadikan Empangan Semenyih. Empangan Semenyih bukanlah empangan janakuasa hidro elektrik, dan hanyalah sebuah empangan bekalan air bagi menampung permintaan bekalan air Lembah Kelang, Kuala Lumpur, Putrajaya dan daerah Hulu Langat.

Terdapat dua buah air terjun di Hulu Semenyih iaitu air terjun Sungai Tekala dan Sungai Batangsi. Kolam air panas juga terdapat di sini[2]. Bilangan pengunjung pada hari Sabtu dan Ahad meningkat kepada 5000 orang.

Kawasan ini masih mengekalkan hutan rimba yang tebal iaitu Hutan Simpan Sungai Lalang dan Sungai Tekala. Hutan simpan ini berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Beberapa kali hutan simpan ini diceroboh oleh syarikat pembalakan.

Beberapa bekas lombong bijih timah telah dijadikan kolam ikan, kolam rekreasi dan tapak perkhemahan. Contohnya ialah Seri Bayu Resort, Sukida Resort dan lombong ikan Pak Amin.

Sebuah bekas lombong di Kampung Pasir dijadikan Kem Setia Ikhlas untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Sebuah bekas lombong telah dikambus semula dan didirikan kawasan perumahan Taman Ria. Sebuah lagi kawasan lombong ialah Taman Seri Haneco.

Ladang-ladang getah yang tidak lagi produktif, tidak lagi menguntungkan telah djadikan kawasan perkuburan mega mewah untuk orang Cina dan yang berugama Kristian. Kubur ini diuruskan oleh sebuah syarikat swasta, Nirwana Sdn Bhd.

Ladang burung unta yang dinamakan Ostrich Wonderland telah mula beroperasi sejak tahun 2000. Ladang ini semakin luas dan berkembang maju. Ramai penduduk tempatan bekerja di ladang burung unta ini.

Ladang Dominion

sunting

Ladang Dominion di Semenyih dimiliki oleh Asiatic Development Berhad. Asiatic dimiliki oleh Genting Berhad. Luas Ladang Dominion ialah 176.54 hektar terletak di mukim Hulu Semenyih, daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.

Baru-baru ini dikatakan kerajaan Malaysia membeli Ladang Dominion dengan harga RM52.7 juta untuk keperluan pembangunan penduduk Lembah Klang.

Pada tahun 2024, Menteri Wilayah Persekutuan telah mengumumkan pembinaan kubur[3] di Semenyih untuk penduduk Lembah Klang.

  1. ^ Mahmud, Nurul Husna (2019-08-04). "Bersaing ke Genting Peras". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-02-16.
  2. ^ BERNAMA (2019-02-19). "Rehatkan badan di kolam air panas". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-02-16.
  3. ^ Zaharuddin, Hafiz (2024-08-17). "MGNews: Jenazah Warga Kuala Lumpur Kelak Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Semenyih Seluas 220 Ekar - Menteri". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-02-16.