Ibrahim Abdul Rahman

ahli politik Malaysia; bapa Anwar Ibrahim

Allahyarham Dato' Dr. Haji Ibrahim bin Haji Abdul Rahman (21 April 1919 – 5 April 2015) ialah seorang ahli politik daripada Perikatan / UMNO di Malaysia. Beliau memenangi kerusi dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Seberang Tengah, Pulau Pinang, dan berkhidmat hingga 1969.

Allahyarham Dato' Dr. Haji
Ibrahim Abdul Rahman
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Seberang Perai Tengah
Pulau Pinang
Dalam jawatan
1963–1964
Digantikan olehMustapha Hussain
Ahli Parlimen Persekutuan Tanah Melayu
untuk Seberang Perai Tengah
Pulau Pinang
Dalam jawatan
1959–1963
Didahului olehKonstituensi baharu
Majoriti1000
Maklumat peribadi
Lahir
Ibrahim bin Abdul Rahman

(1919-04-21)21 April 1919
Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang Pulau Pinang
Meninggal dunia5 April 2015(2015-04-05) (umur 95)
Hospital Serdang, Kajang, Selangor Selangor
Cause of deathSesak nafas
Tempat semadiTanah Perkuburan Islam Sungai Ramal, Kajang, Selangor
Parti politik UMNO
PasanganDatin Che Yan Abdul Hamid Hussein
PertalianCucu-cucu
  • Nurul Izzah Anwar
  • Nurul Hana Anwar
  • Nurul Nuha Anwar
  • Mohd Ihsan Anwar
  • Nurul Iman Anwar
  • Nurul Ilham Anwar
AnakAnwar Ibrahim
Rehan Ibrahim
Idrus Ibrahim
Rani Ibrahim
Marzuki Ibrahim
Rusli Ibrahim
Farizon Ibrahim
Sukma Darmawan (anak angkat)
KediamanCountry Heights, Kajang
PekerjaanBekas Ahli Parlimen

Pada masa itu, Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman, manakala Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959 merupakan pilihan raya pertama selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pilihan raya ini berlangsung secara berperingkat, bermula dari negeri Perlis hingga ke Kelantan. Ketika itu, Sabah dan Sarawak masih belum menyertai atau membentuk Malaysia.

Kerusi Parlimen meningkat daripada 52 kerusi pada tahun 1955 kepada 104 kerusi pada tahun 1959. Perikatan berjaya memenangi 74 kerusi, manakala pihak pembangkang memenangi 30 kerusi.

Keluarga

sunting

Ibrahim telah berkahwin dengan Che Yan binti Abdul Hamid Hussein yang berasal dari Bukit Mertajam. Bapa mertuanya ialah Abdul Hamid Hussein (juga dikenali sebagai Yusof Long) manakala ibu mertuanya ialah Laili Hashim.[1][2] Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan tujuh orang anak, termasuk Rani Ibrahim, Idrus Ibrahim, Mokhtar Ibrahim, Anwar Ibrahim, Rusli Ibrahim, Raihan Ibrahim, Marzuki Ibrahim, dan Khairun Ibrahim.[3]

Anwar, salah seorang anaknya, dikenali sebagai seorang tokoh politik yang menjadi Ketua Pembangkang dan memimpin gerakan reformasi. Dalam keluarganya, Che Yan pernah aktif sebagai ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Che Yan meninggal dunia pada 3 April 2001 akibat serangan jantung, di sebuah hospital.[4][5]

Ibrahim juga diketahui berkahwin dengan isteri keduanya, Puan Mariam, dan mereka dikurniakan seorang anak bernama Farizun Ibrahim. Selain itu, mereka turut mengambil anak angkat dari Indonesia bernama Sukma Darmawan Sasmita Atmadja.

Meninggal dunia

sunting

Beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 5 April 2015, jam 1.45 pagi di Hospital Serdang, Selangor pada usia 95 tahun.[6]

Rujukan

sunting
  1. ^ Norsiah Mohd Noor (2015-09-30). "Yusof Long". www.geni.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-29.
  2. ^ Norsiah Mohd Noor (2015-09-30). "Laila Hashim". www.geni.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-29.
  3. ^ "Ibu Yang Dapat Kurniaan Di-Raja", Berita Harian, 24 Jun 1959
  4. ^ "Anwar mourns mother as hundreds of supporters share grief". www.oocities.org (dalam bahasa Inggeris). 2001-04-04. Dicapai pada 2022-06-29.
  5. ^ "Che Yan Abd Hamid Hussain". www.geni.com (dalam bahasa Inggeris). 2018-05-23. Dicapai pada 2022-06-29.
  6. ^ Bapa Anwar Ibrahim meninggal dunia