Ikhsan Ise
pelukis ilustrasi Malaysia
Mohamad Ikhsan Kamarudin atau dikenali sebagai Ikhsan Ise (2 November 1985 – 1 Disember 2020) merupakan seorang pelukis dan pengilustrasi Malaysia dari Kelantan.[1] Beliau merupakan pengasas Artortoise.[2]
Ikhsan Ise | |
---|---|
Kelahiran | Mohamad Ikhsan bin Kamarudin 2 November 1985 |
Meninggal dunia | Disember 1, 2020 | (umur 35)
Dikebumikan | Bandar Seri Putra, Kajang, Hulu Langat, Selangor, Malaysia |
Pekerjaan | Pelukis, pengilustrasi |
Tahun aktif | 2010 – 2020 |
Pada 15 Oktober 2020, beliau memulakan rawatan radioterapi bagi merawat barah. Pada 2 November, beliau melaporkan masih dalam menerima rawatan menentang hepatitis B di hati di Hospital Selayang, Gombak, namun keadaan hatinya masih "tiada perkembangan yang baik". Beliau meninggal dunia pada pukul 1.37 pagi hari Selasa 1 Disember 2020 serta dikebumikan di Bandar Seri Putra, Kajang pada pagi hari yang sama.[3][4]
Rujukan
sunting- ^ Mohd Izzat Mohd Khalizan (12 Februari 2020). ""Disebabkan Abam, rezeki datang dengan cara macam ni" - Pelukis terkilan karikatur Bocey 'disebat' sesuka hati... Tok Ti 'level lain' pun bagi kredit!". mSTAR. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Disember 2020. Dicapai pada 3 Disember 2020.
- ^ Luqman Ridhwan Mohamed Nor (1 Disember 2020). "Tuan Ibrahim ucap takziah kepada keluarga Ikhsan Ise". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2020. Dicapai pada 1 Disember 2020.
- ^ Asyraf Roslan (1 Disember 2020). "Pengasas Artortoise, Ikhsan Ise meninggal dunia". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-01. Dicapai pada 1 Disember 2020.
- ^ Aimy Mohamed Yusoff (1 Disember 2020). "Pemimpin negara berkongsi kesedihan pemergian Ikhsan Ise". Bernama. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Disember 2020. Dicapai pada 3 Disember 2020.
Pautan luar
sunting- Ikhsan Ise di Instagram
- Ikhsan Ise di Twitter
- Ikhsan Ise di Facebook