Jalan Negeri Kedah K276
Jalan Negeri Kedah K276 (Jalan Kelubi–Kampung Tanjung) ialah jalan negeri berstatus biasa yang terletak di bahagian utara Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K266 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 3.131 kilometer (1.9 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Tanjung di utara dan Kampung Kelubi di selatan.[3]
Jalan Negeri Kedah K276 | |
---|---|
Jalan Kelubi–Kampung Tanjung | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu | |
Panjang | 10.05 km[1] (6.24 mi) |
Simpang utama | |
Hujung utara | ![]() |
Hujung selatan | Jalan Tunku Sarina di Kampung Kelubi |
Lokasi | |
Destinasi utama |
|
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Gambaran keseluruhan
suntingJalan Negeri K276 bermula sebagai kilometer sifar di perkampungan Kampung Tanjong, dalam kawasan pentadbiran Mukim Binjal. K276 bersimpang dengan Jalan Negeri K266 (Jalan Asun–Kampung Telok), berdekatan dengan lintasan kecil Sungai Wang Perah. K276 akan melalui kawasan pertanian sawah padi yang ditnama oleh penduduk sekitar, lalu bersimpang dengan Jalan Negeri K268 (Jalan Kampung Paya Pahlawan) di timur Kampung Bukit Beruas. K276 akan membengkok ke tenggara, dengan menelusuri kaki bukit Bukit Beruas di sisi timur dan Bukit Berangan di sisi barat. Berdekatan dengan Kampung Tualang, K276 akan menjunam ke selatan, lalu bertemu dengan Jalan Negeri K270 (Jalan Kampung Tualang Lama). Tidak jauh dari simpang K270, K276 akan bersimpang dengan Jalan Negeri K268 sekali lagi, di kawasan perkampungan Kampung Palas, lalu melintasi sebatang sungai, Sungai Biak. Seterusnya, K276 akan memebngkok ke barat daya, dengan melalui kawasan pertanian di kaki bukit Bukit Nipah di sisi barat dan Bukit Tok Kolon di sisi timur jalan.
Berdekatan dengan Kampung Kubang Gantong, K276 akan memasuki kawasan pentadbiran Mukim Malau dan meninggalkan kawasan pentadbiran Mukim Binjal. K276 akan melengkung sedikit, di Kampung Lahar, lalu menuju ke simpang Jalan Negeri K109 (Jalan Jitra–Bukit Wang) di Kampung Perupok. Selepas melepasi simpang tersebut, K276 akan melintasi Charok Palong, sebatang sungai dari Bukit Besar, lalu memasuki kawasan Kampung Penia. Ia akan melalui kawasan perkampungan yang berpola petempatan berselerak, dan kawasan persekolahan Sekolah Kebangsaan Malau, di samping menelusuri kaki bukit Bukit Penia dan Bukit Tunggal Kecil. Berdekatan dengan simpang jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD) ke Desa KEDA Malau di Kampung Malau, K276 akan membuat lintasan dengan Sungai Melati, sebatang sungai dari Bukit Sapi, lalu melalui kawasan perkampungan Kampung Malau dan kawasan perumahan berjajar Taman Belimbing, disamping menelusuri Bukit Pongsu Jantan.[3][4]
Di kawasan perniagaan Taman Pulasan, K276 akan bertemu dengan Jalan Negeri K271 (Jalan Kampung Kota Giam), jalan alternatif ke Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara. Selepas melepasi simpang tersebut, K276 akan memasuki kawasan Mukim Jitra ,meninggalkan Mukim Malau. K276 akan diteruskan melalui kawasan perhutana hijau, lalu melengkung sedikit ke tenggara, dan memasuki kawasan perkampungan Kampung Kelbu. Ia akan melngkung sedikt sekali lagi ke barat daya, untuk memasuki kawasan pentadbiran Mukim Pelubang, lalu bersimpang dengan Jalan Negeri K273 (Jalan Kelubi Luar). K276 diteruskan hingga di penamat selatanya, di Jalan Tunku Sarina, di barat Bandar Darulaman dalam kawasan perkampungan Kampung Kelubi. [3][4]
Secara keseluruhannya, kesemua jajaran Jalan Negeri K276 yang telah diwarta terletak dalam kawasan pentadbiran Mukim Binjal, Mukim Jitra, Mukim Malau, dan Mukim Pelubang.[2] Bagi untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K276 terletak di Zon 1 (Kampung Kelubi ke Kampung Lahar) dan Zon 2 (Kampung Lahar ke Kampung Tanjung) selian JKR Daerah Kubang Pasu.[5][6] K276 juga merupakan jalan raya tunggal utara-selatan dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K276 dikenali sebagai Jalan Kampung Kelubi/Kampung Lahar/Kampung Tanjung dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5][6]
Senarai persimpangan
suntingKesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.
Lokasi | km[4] | Destinasi | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Kampung Tanjong | 0.00 | K266 K266 – Kampung Darat, Kampung Padang Asun, Changlun | Penghujung utara | ||
0.45 | K268 K268 – Kampung Bukit Beruas, Kampung Kubu | ||||
Kampung Tualang | 1.80 | K270 – Kampung Tualang, Kampung Perik | |||
Kampung Palas | 2.80 | K268 K268 – Kampung Tradisi Paya Pahlawan, Kampung Bukit Berangan | |||
2.85 | Jambatan Sungai Biak | ||||
Kampung Perupok | 5.55 | Jambatan Charok Palong | |||
5.60 | K109 K109 – Taman Eko Rimba Bukit Wang, Jitra, Kampung Biak | ||||
Kampung Malau | 6.77 | Jambatan Sungai Melati | |||
Kampung Kelubi | 7.90 | K271 – Kampung Manggol, Kampung Kota Giam, Taman Cermai | |||
9.60 | K273 – Taman Rasa Sayang, Taman Sri Kelubi, Taman Bunga Raya | ||||
10.05 | Jalan Tunku Sarina – Bandar Darulaman, Taman Tunku Sarina, Taman Dania | Penghujung selatan | |||
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi |
Rujukan
sunting- ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
- ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ a b c Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
- ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
- ^ a b JKR Kubang Pasu (2022). "Perkhidmatan Memotong Rumput, Tumbuh-Tumbuhan, Membersih Semak Samun dan Kerja-Kerja Berkaitan di Bahu Jalan Sepanjang Jalan Negeri untuk Tahun 2022 bagi Daerah Kubang Pasu, Kedah (Zon 2)". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2023. Dicapai pada 25 Januari 2023.
- ^ a b JKR Kubang Pasu (2022). "Perkhidmatan Memotong Rumput, Tumbuh-Tumbuhan, Membersih Semak Samun dan Kerja-Kerja Berkaitan di Bahu Jalan Sepanjang Jalan Negeri untuk Tahun 2022 bagi Daerah Kubang Pasu, Kedah (Zon 1)". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2023. Dicapai pada 25 Januari 2023.