Jalan Negeri Kedah K610
Jalan Negeri Kedah K610 (Jalan Sungai Bongkok atau Jalan Kampung Bongkok) ialah jalan negeri biasa yang terletak di bahagian utara Daerah Kuala Muda, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda dengan panjang keseluruhan iaitu, 5.29 kilometer (3.3 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Batu Dua di barat dengan Kampung Batu Empat di timur.[3]
Jalan Negeri Kedah K610 | |
---|---|
Jalan Sungai Bongkok | |
![]() Penghujung barat K610 di Kampung Batu Dua. | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda | |
Panjang | 5.29 km[1] (3.29 mi) |
Simpang utama | |
Hujung barat | ![]() |
Hujung timur | ![]() |
Lokasi | |
Destinasi utama |
|
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Gambaran keseluruhan
suntingK610 bermula sebagai kilometer sifar di pertemuan antara FT 176 (Jalan Gurun–Kepala Batas) dan Jalan Petronas Fertiliser Kedah, berdekatan dengan Petronas Fertiliser Kedah di perkampungan kecil bernama Kampung KM 3 Simpang Empat Petronas. K610 akan membengkok ke tenggara, di samping menelusuri kawasan perladangan kelapa sawit Ladang Harvard Bahagian Tiga. Terdapat simpang jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD) ke Kampung Batu Dua yang terletak tidak jauh dari penamat baratnya, lalu melintasi beberapa anak sungai dari Sungai Bongkok. Sebelum memasuki kawasan perkampungan Kampung Bongkok, K610 akan membuat lintasan dengan Sungai Bongkok yang bersumber dari Hutan Simpanan Kekal (HSK) Gunung Jerai. K610 akan membuat lintasan kedua dengan Sungai Bongkok, lalu membengkok ke arah utara dengan melalui kawasan estet kelapa sawit dan pokok getah di Ladang Hasbah, Ladang Lim Heng Tong dan Ladang Sungai Bongkok. Sebelum tamat di pertemuan FT 176 di Kampung Batu Empat, K610 akan bersimpang dengan Jalan Permai Utama, ke perumahan sejajar Taman Permai Utama. K610 tiba di penamat timurnya berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Batu Empat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lima, dengan membuat pertemuan antara FT 176.[3][4]
Persimpangan utama
suntingKesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.
Lokasi | km[4] | Destinasi | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Kampung Batu Dua | 0.00 | LP 175 FT175 – Petronas Fertiliser Kedah, Gurun | Penghujung barat | ||
Kampung Batu Empat | 5.20 | Jalan Permai Utama – Taman Permai Utama | |||
5.29 | LP 175 FT175 – Jeniang, Kampung Begia, Sik | Penghujung timur | |||
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi |
Lihat juga
suntingRujukan
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Jalan Negeri Kedah K610 |
- ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
- ^ "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
- ^ a b "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.