Datuk Md Rozai Shafian (12 Mac 1954 – 26 Februari 2024) adalah ahli politik UMNO/Barisan Nasional. Beliau pernah menjadi wakil rakyat di Sungai Tiang, Kedah dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999. Beliau menang selesa dengan majoriti 2,530 undi.

Md Rozai Shafian
Maklumat peribadi
Lahir(1954-03-12)12 Mac 1954
Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia26 Februari 2024(2024-02-26) (umur 69)
Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah
PasanganDatin Khalijah Ghazali
Anak6
KediamanKedah Kedah
PekerjaanAhli politik

Namun beliau dua kali kalah kepada calon PAS,Dr Mohd Hayati Othman di parlimen Pendang pada 2004 dan 2008. Dalam pilihan raya 2008, Md Rozai mendapat 23,238 undi. Sementara Mohd Hayati Othman mendapat 27,311 undi.

Kematian

sunting

Datuk Md Rozai Shafian meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini pada 26 Februari 2024. Allahyarham, meninggal dunia di sisi keluarga disebabkan komplikasi dalaman pada jam 11.40 malam. Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 69 tahun. Jenazah Allahyarham Md Rozai dijangka dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Amin di Kobah, Pendang, Kedah.