Ramly Abu Bakar
Mohd Ramly Abu Bakar (1945 – 23 April 2023) merupakan seorang penyampai suara latar, pelakon dan penyampai berita Malaysia, yang terkenal sebagai hasil kerjanya sebagai penyampai suara latar untuk banyak iklan radio dan televisyen.[1][2]
Ramly Abu Bakar | |
---|---|
Kelahiran | Mohd Ramly bin Abu Bakar 1945 |
Meninggal dunia | 23 April 2023 (berumur 77–78) |
Pekerjaan | Penyampai suara latar, penyampai berita, pelakpn |
Tahun aktif | 1966–2023 |
Majikan | Radio Televisyen Malaysia (RTM) |
Kerjaya
suntingBeliau memulakan kerjayanya sebagai penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada awal 1970-an. Dikenali dengan suara emasnya, Ramly terkenal dengan hasil kerjanya sebagai pelantun suara untuk banyak iklan di radio dan TV, terutamanya iklan rokok Dunhill. Suaranya juga digunakan dalam mempromosikan rancangan TV.[1]
Selain di TV dan radio, beliau juga aktif sebagai pengacara majlis dan pernah mengacarakan perlawanan tinju antara Muhammad Ali dan Joe Bugner di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 1975.[3]
Ramly juga pernah berlakon bersama Seniman Agung, P. Ramlee menerusi filem Gagak Hitam dengan memegang watak sebagai pembaca berita, selain membintangi filem Menanti Hari Esok arahan dan lakonan Jins Shamsudin pada 1977.[1]
Kematian
suntingBeliau meninggal dunia pada 23 April 2023 pada usia 78 tahun di kediaman anaknya di Rawang, Selangor.[1][4][5]
Rujukan
sunting- ^ a b c d "Pelantun suara iklan era 1980-an, Ramly Abu Bakar meninggal dunia". Berita Harian. 23 April 2023. Dicapai pada 2 September 2023.
- ^ "'Man with a golden voice' Ramly Abu Bakar dies". Free Malaysia Today. 23 April 2023. Dicapai pada 2 September 2023.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (23 April 2023). "Pelakon suara latar iklan meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 2 September 2023.
- ^ "Pelantun Suara Latar Iklan Era 80-an, Ramly Abu Bakar Meninggal Dunia". Getaran. 23 April 2023. Dicapai pada 2 September 2023.
- ^ "Ex-newscaster Ramly Abu Bakar dies". The Star Online. 23 April 2023. Dicapai pada 2 September 2023.