Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih
Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih (SKBSS) merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan di Bandar Sunway Semenyih dan Taman Desa Mewah.
Pada sesi persekolahan tahun 2024/2025, SKBSS mempunyai seramai 950 orang murid dan 56 orang guru.
Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih | |
---|---|
Location | |
, 43500 | |
Information | |
School type | Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Motto | "PENDIDIKAN BERKUALITI", INSAN TERDIDIK", "NEGARA SEJAHTERA" |
Established | 7 Julai 2012 |
Educational authority | Hulu Langat |
Session | Satu sesi ( Pagi ) |
School number | 03-8723 0984 |
School code | BBA 4061 |
Pengerusi PIBG | Faical Bin Malik |
Headmaster | Samsul Irwan bin Sanusi |
Teaching staff | 56 orang |
Number of students | 950 pelajar |
Slogan | Proud To Be Sunwayers |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Amalina Binti Ismail |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Masran Bin Khalil |
Penolong Kanan Kokurikulum | Akmalul Husna Binti Mohamed Zauti |
Website | Youtube - https://www.youtube.com/@SUNWAYERSTVPSS/featured
Facebook - https://www.facebook.com/skbandarsunwaysemenyih Telegram - https://t.me/+8NGI8aVFSwc3NDI1 |
Sejarah
suntingSKBSS ditubuhkan pada 7 Julai 2012 dan Majlis Pecah Tanah telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu iaitu Yang Berhomat Dr Mohd Puad Zarkashi.
SKBSS mula beroperasi pada 12 Januari 2015 dengan 34 orang guru, 1 staf sokongan dan 372 orang murid dari Tahun 2, 3 dan 4.
Nama SKBSS diambil sempena nama taman perumahan bersebelahan dengannya, iaitu Bandar Sunway Semenyih. Penduduk di sekitar perumahan ini termasuk Taman Desa Mewah mempunyai kira-kira 8000 penduduk.
Sekolah yang berkonsepkan moden ini berada dalam lingkungan Mukim Semenyih di daerah Hulu Langat. Pembinaan sekolah ini mengurangkan kesesakan di beberapa buah sekolah di Semenyih termasuklah Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching dan Sekolah kebangsaan Semenyih.
Pengurusan awal pembukaan sekolah oleh Puan Rohaya binti Mad Wazir yang telah dilantik sebagai "Care Taker".
Majlis penyerahan Bangunan telah disempurnakan oleh Abdul Aziz bin Haji Ashaari, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan Pelajaran dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Logo dan bendera sekolah direka khas oleh Faiza binti Ahmad Fauzi, salah seorang guru SKBSS.
Lirik lagu sekolah telah dicipta oleh Azah Halimah binti Ramli yang merupakan guru di Sk Semenyih.
Guru Besar
suntingAdonie binti Adnan (2015 - 2017)
Siti Rozita binti Yahya (2017 - 2019)
Sabarudin bin Abu Bakar (2019 - 2021)
Samsul Irwan bin Sanusi (2021, masih berkhidmat)
Pencapaian
sunting- Pertandingan Robotik
- Sijil dan Anugerah Pencapain Kurikulum Sekolah
- Pencapaian UPSR (2018)
- Watikah dan Anugerah Kokurikulum "Anugerah dan Pencapain Hayl Arsyad bin Azrul Izham, Anugerah Rambu Biru Pengakap Kanak-Kanak Negeri Selangor"
- Perkhemahan TKRS Peringkat Kebangsaan 2018 di Pusat Kokurikulum Melaka
- Naib Johan Pertandingan Bercerita Zon Semenyih Tahap 1 (2019)
- Tempat Ketiga Kriket MSSD HL (2023)
- Naib Johan KATMO Kriket Hulu Langat (2023)
- Tempat Ketiga Kriket MSSD HL (2024)
Alamat
suntingSekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih, Jalan Sunway 1/1, Bandar Sunway Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor.
Pautan luar
sunting- SUNWAYERS TVPSS di Youtube
- Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih di facebook
- SUNWAYERS OFFICIALdi Telegram