Taharim Ariffin
Cikgu Taharim Ariffin ialah seorang ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Utan Aji mewakili PAS selepas menang dalam pilihan raya negeri Perlis 1964. Taharim menjadi wakil pertama PAS di Dewan Undangan Negeri Perlis[1] Pada pilihan raya negeri Perlis 1969, beliau sekali lagi bertanding di DUN Utan Aji, namun tewas.
Cikgu Taharim Ariffin | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis bagi Utan Aji | |
Dalam jawatan 1964–1969 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Maklumat peribadi | |
Meninggal dunia | 8 Mac 1970![]() |
Cause of death | Dibunuh |
Parti politik | ![]() |
Taharim memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Perlis dari 1966 sehingga kematiannya pada 1970.
Kematian
suntingTaharim, terbunuh akibat ditembak perompak dalam kejadian rompakan di rumah jirannya pada 4.45 pagi, 8 Mac 1970.[2][3] Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Utan Aji, dan majlis pengebumiannya dihadiri lebih 2000 orang termasuk Menteri Besar Perlis, Sheikh Ahmad Mohd Hashim dan tokoh-tokoh PAS. Jawatan Pesuruhjaya PAS Perlis dipangku oleh Mahmud Mohd Noor setelah kematian Taharim.[4]
Perompak yang berasal dari selatan Thai, Din Choi anak Pom, antara perompak yang diberkas polis setelah kejadian rompakan,[5][6] telah didakwa di Mahkamah Sesyen Perlis pada 25 Mac 1970 atas tuduhan membunuh Taharim.[7]
Rujukan
sunting- ^ "AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERLIS 1955 - 2008". Pejabat Pilihan Raya Negeri Perlis. 2010. Dicapai pada 15 Julai 2021.
- ^ Bin Man, Sa'ad (9 Mac 1970). "Tokoh PAS Perlis mati kena tembak". Berita Harian (Singapura). m/s. 1. Dicapai pada 14 Februari 2025.
- ^ Mohd Nasir Awang (15 Julai 1999). ""Membujur lalu, melintang patah…"". Gemersik Bayu Pantai. Dicapai pada 15 Julai 2021.
- ^ https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19700910-1.2.81
- ^ https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19700311-1.2.62
- ^ https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19700315-1.2.101
- ^ "Petani Thai di-tudoh membunoh ketua PAS". Berita Harian (Singapura). 26 Mac 1970. m/s. 5. Dicapai pada 14 Februari 2025.